Gempa Bumi Di Sabah: IKRAM Ucap Takziah

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengikuti perkembangan bencana gempa bumi di Sabah pada 5 Jun 2015 yang hingga kini mengorbankan 18 orang pendaki Gunung Kinabalu iaitu enam rakyat Malaysia termasuk malim gunung Robbie Sapinggi, sembilan dari Singapura dan masing-masing seorang dari Filipina, China dan Jepun.

IKRAM sangat bersimpati dan mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa dan rakyat Sabah.

IKRAM juga mengucapkan syabas dan terima kasih atas tindakan pantas pasukan sukarelawan yang berusaha menyelamatkan mangsa yang masih terperangkap di atas Gunung Kinabalu.

IKRAM akan terus memantau perkembangan semasa bagi mengenal pasti bentuk bantuan yang akan disampaikan.

IKRAM melalui institusi khidmat masyarakatnya, i-Bantu dan MyCARE Sabah turut menghantar pasukan peninjau ke kawasan terlibat bagi menilai bantuan yang dapat dilakukan.

IKRAM mengharapkan agar semua yang terkesan dan anggota keluarga mereka dapat bersabar dan redha atas kejadian ini.

IKRAM menyeru semua rakyat Malaysia bersama-sama mendoakan kesejahteraan kita bersama.

Profesor Madya Hj Ainullotfi Abdul Latif

Pengerusi Jawatankuasa Khidmat Masyarakat
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia