GEMA tekad jana perubahan positif generasi muda

Dalam ucapan perasmian, beliau memetik kata-kata Hasan al-Banna untuk motivasi pemuda:

“Kamu memikul tanggujwab yang berat, dan kamu wajib berfikir panjang, dan kamu mestilah beramal banyak, serta menentukan sikap dan prinsip kamu.”

Dr Hatta memetik petikan al-Quran mengenai pemuda yang ditambahkan petunjuk bila ditetapkan dengan keimanan mereka:

“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah pertunjuk.” (Surah Al Kahfi:13)

Tambah beliau, peringkat muda adalah peringkat darah panas dan ia perlu disuamkan dengan ilmu.

“Nasihat saya kepada mereka yang darah sejuk, panaskanlah darah itu. Kerana itu ciri org muda. Kepada yang berdarah panas, suamkan ia dengan ilmu.”

Foto: Dr Hatta, Amirasyid dan perwakilan.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia Remaja (JKBR) IKRAM merangkap Penasihat GEMA, Shahrul Aman Shaari. Dengan tema “Bersama Menjana Perubahan” yang menjadi Ucapan Dasar Presiden GEMA, Amirasyid Densibali, GEMA berazam untuk menjana perubahan positif dalam kehidupan generasi supaya mereka berupaya menjadi ejen perubahan dan menambah nilai kepada pembangunan keluarga, komuniti, masyarakat dan negara.

Amirasyid menggariskan enam teras kekuatan bagi membentuk budaya dan tradisi yang akan mengekalkan dan memastikan GEMA terus membawa aspirasi dan matlamat asal penubuhannya iaitu kekuatan individu dan Kepimpinan, kekuatan persaudaraan dan gerak kerja berpasukan, kekuatan perancangan, kekuatan dana dan ekonomi, kekuatan sistem dan institusi dan kekuatan jaringan atau networking.

Seramai 108 pewakilan GEMA Negeri dari seluruh negara hadir ke PPN GEMA yang julung kali diadakan. Setakat ini, lapan GEMA Negeri berjaya ditubuhkan iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Johor, Pahang dan Terengganu. Keahlian GEMA dibuka kepada semua belia warganegara Malaysia berumur 18 sehingga 35 tahun.

Matlamat penubuhan GEMA ialah untuk mengumpulkan anak muda Malaysia di atas dasar perpaduan serta membina keperibadian diri yang baik, berhemah tinggi, moderat dan progresif. Selain itu, GEMA bertekad meninggikan taraf pendidikan dan sosio-ekonomi anak muda di Malaysia bagi mewujudkan masyarakat yang makmur dan sejahtera.

Di samping itu, GEMA berusaha untuk memupuk keadilan dan kesejahteraan sosial serta membenteras kejahilan, kemiskinan dan keruntuhan moral di kalangan masyarakat serta menjalinkan hubungan dan kerjasama dengan pihak yang berkongsi aspirasi dan matlamat GEMA bagi memajukan kepentingan masyarakat dan negara.

Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa Pusat, Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia (GEMA) bagi sesi 2013-2015 (gambar kanan) yang telah diumumkan pada penghujung PPN GEMA selepas pembubaran AJK Penaja GEMA:

Presiden: Amirasyid Densibali

Timbalan Presiden: Naim Jusri

Naib Presiden 1: Noor Syazly Rameli

Naib Presiden 2: Maryam Aizuddin

Setiausaha Agung: Wan Muhammad Wan Ibrahim

Bendahari: Mohamad Amirul Mohd Letfee

Penolong Setiausaha Agung: Mohamad Sufian So’aib

Ahli Jawatankuasa:

1. Ya’akob Yusof

2. Musannafah Murtadha

3. ‘Urwah Saari

4. Fahzan Adli Borhan

5. Mohd Sufian Mat Ali

6. Nor Baizura Yaso

Pengerusi Tetap: Ammar Taqiyuddin Ainullotfi

Timbalan Pengerusi Tetap: Zubair Tholudin

Pemeriksa Kira-kira 1: Ahmad Nizam Samsudin

Pemeriksa Kira-kira 2: Nussaibah Ariffin

Selesai PPN pada siangnya, malamnya GEMA menganjurkan forum anak muda yang bertajuk “Halatuju Anak Muda, Mencorak Masa Depan Negara” yang di mana panelisnya adalah Presiden GEMA sendiri, Amirasyid, pensyarah UIAM, Dr Maszlee Malik dan peguam hak asasi manusia, Fadiah Nadwa.

Tahniah kepada semua anak muda GEMA. Semoga langkah anda bergema dalam meneraju perubahan positif anak muda negara, insya-Allah.


Foto kiri: Presiden GEMA, Amirasyid Densibali (duduk, kanan sekali) bersama Timbalan Presiden IKRAM, Prof. Dr. Mohamed Hatta Shaharom (duduk, tengah) dan Penasihat GEMA, Shahrul Aman Shaari (duduk, kiri sekali) serta barisan Ahli Jawatankuasa Penaja GEMA Pusat, berdiri dari kiri: Wan Muhammad Wan Ibrahim, Muhamad Zulkarnain Jamaluddin, Naim Jusri, Ahmad Zubair Ab Rahim, Ya’akob Yusuf dan Musannafah Murtadha.

Foto kanan: Barisan Pengerusi GEMA Negeri, berdiri dari kiri: Mohd Ikhwan Che Mansor (Pengerusi GEMA Pulau Pinang), Mohd Qayyim Hafidzi (Pengerusi GEMA Terengganu), Muhammad Afifi Ahmad Kamil (Pengerusi GEMA Wilayah Persekutuan), Dr. Abdul Rahman Tamuri (Pengerusi GEMA Johor), Mohd Fahmy Sarangat (Pengerusi GEMA Perak), Mohd Suhaimi Ismail (Pengerusi GEMA Pahang), Mohd Sofwan Mohd Resali (Pengerusi GEMA Selangor) dan Rusmidin Ahmad (Pengerusi GEMA Kedah).

FB GEMA: Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia

Foto FB: PPN GEMA

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia