Gejala Cacar Monyet di Malaysia – Tidak Perlu Bimbang

Gejala Cacar Monyet di Malaysia - Tidak Perlu Bimbang | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan buat masa ini tidak bimbang mengenai penyebaran cacar monyet di luar negara-negara Afrika.

“Tidak ada sebab untuk berasa panik terhadap virus tersebut yang menyebabkan penyakit teruk itu, tetapi penghidapnya boleh pulih dalam tempoh beberapa minggu,” menurut kenyataannya.

Ditanya semasa taklimat epidemiologi sama ada virus itu mungkin mencetuskan satu lagi pandemik, pakar cacar monyet WHO, Dr Rosamund Lewis menyatakan, buat masa ini pihaknya tidak bimbang tentang perkara tersebut.

“Namun adalah penting untuk mengambil langkah-langkah pantas bagi mengekang penyebarannya. Cacar monyet adalah berkaitan dengan penyakit cacar.”

Terdahulu, penyakit cacar ini telah membunuh berjuta-juta penduduk di seluruh dunia setiap tahun sebelum ia dihapuskan pada tahun 1980.

Bagaimanapun, cacar monyet kurang teruk berbanding penyakit cacar dan kebanyakan penghidapnya akan pulih dalam masa tiga hingga empat minggu.

Beliau menjelaskan bahawa gejala awal penyakit cacar monyet adalah demam panas, nodus limfa bengkak dan lepuh ruam seperti yang dihidapi penghidap cacar air.

Menurut kenyataan itu, beberapa negara kini berdepan dengan ancaman penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) dan terbaharu wabak cacar monyet atau ‘monkeypox’.

Walaupun belum ada kes cacar monyet yang dilaporkan di negara ini, wabak itu telah menular di tiga benua iaitu Eropah (United Kingdom, Sepanyol, Portugal, Belgium, Perancis, Itali dan Jerman), Amerika (Amerika Syarikat dan Kanada) dan Australia.

Sehingga 20 Mei 2022, lebih 100 kes telah dilaporkan, sama ada kes itu disahkan mahupun yang disyaki, dengan kebanyakan kes yang dijangkiti ini tidak melaporkan sejarah perjalanan ke negara yang diketahui endemik penyakit itu.

Berikutan itu, Pakar Kesihatan Awam, Profesor Madya Dr Malina Osman umpamanya, meminta agar kawalan ketat di sempadan negara dilaksanakan sebagai usaha mengekang penularan jangkitan penyakit cacar monyet itu.

Malaysia seharusnya tidak membenarkan individu yang dijangkiti atau mempunyai simptom penyakit itu masuk ke dalam negara,” cadang Malina.

Situasi ini amat membimbangkan ramai pihak, terutama apabila sempadan negara kini sudah mula dibuka.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia