GBM lancar tabung kukuh perpaduan nasional

Pelancaran Unity In Diversity Fund (UID Fund) atau Tabung Kesatuan Dalam Kepelbagaian ini disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator P. Waytha Moorthy.

Katanya, membina perpaduan nasional bukanlah tanggungjawab kerajaan semata-mata, bahkan semua rakyat Malaysia perlu memainkan peranan untuk memelihara dan mengukuhkan lagi perpaduan negara.

“Ia termasuk pertubuhan-pertubuhan masyarakat madani (CSOs), sektor swasta, institusi akademik dan pertubuhan berasaskan komuniti,” tambahnya ketika ucapan perasmian Majlis Sambutan Ulang Tahun Kesembilan GBM dan Tabung UID Fund.

  

Pengerusi GBM, Hj Zaid Kamaruddin dalam majlis itu berkata, GBM yakin inisiatif tabung ini merupakan pendekatan yang baik dalam mengukuhkan perpaduan nasional di negara ini.

“Sekarang ini GBM merasakan bahawa kami mempunyai sesuatu yang amat-amat berharga dalam isu perpaduan nasional ini,” jelasnya.

Tambahnya, penubuhan GBM sejak sembilan tahun lalu merupakan titik permulaan yang penting bagi merangka pelan tindakan untuk mengukuhkan perpaduan antara kaum dan agama.

Majlis turut diserikan dengan dialog yang bertajuk “New Malaysia: Hopes, Fearless and Realities” bersama lapan panelis jemputan dan moderator Cik Firdaus Husni.

  

Panelis-panelis tersebut ialah Prof Dr. Edmund Terence Gomez, Prof Dr Madeline Berma, Rev Julian Leow Beng Kim, Prof Madya Hj Badlishah Sham Baharin, Prof Dr Woo Wing Thye, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim, Mr Eddin Khoo dan Prof Dr Mohd Tajuddin Rasdi.

Turut hadir dalam majlis itu bekas Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan dan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah.

Mereka yang berminat menyumbang dana dalam UID Fund, bolehlah menyalurkan sumbangan tersebut ke akaun The KL & Selangor Chinese Assembly Hall (Public Bank 3158 990 236) dengan rujukan ‘UID Fund’ dan maklumkan sumbangan ke e-mel infogpoam@gmail.com.

Sumber: GBM | The Star

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia