Gaza dan Rohingya di hati kita

Buat kali yang ke-14, program Qurban Kasih Ummah datang lagi sempena kehadiran Hari Raya Aidil Adha. Sekali lagi, Qurban Kasih Ummah dengan kerjasama Aqsa Syarif Berhad mengajak umat Islam untuk berkongsi rezeki dan pemberian Allah SWT bersama-sama dengan umat Islam merentasi sempadan negara, melalui penyertaan ibadah Qurban. Penyertaan kita bukan sahaja mendapat ganjaran daripada Allah SWT tetapi ianya juga akan membantu mereka yang sangat-sangat memerlukan seperti di Palestin, Arakan (Myanmar), Lubnan, Mindanao (Filipina), Selatan Thailand dan tempat-tempat lain.

Sekretariat Qurban Kasih Ummah 1433H telah meletakkan sasaran jumlah penyertaan daripada rakyat Malaysia sebanyak RM 1.5 juta untuk perlaksanaan ibadah qurban pada tahun ini. Pada tahun 2011 yang lalu, rakyat Malaysia telah memberikan  sambutan luar biasa kepada program ini dengan jumlah penyertaan keseluruhan melebihi RM 1 juta. Jumlah negara penerima sumbangan qurban pada tahun ini ialah sebanyak 15 buah negara iaitu: Afghanistan, Bangladesh, Filipina, Indonesia, Iraq, Kemboja, Lubnan, Myanmar (di Arakan), Palestin (di Gaza), Pakistan, Sri Lanka, Sudan, Thailand, Vietnam dan Malaysia.

Pada tahun ini, perlaksanaan Qurban Kasih Ummah khas akan diadakan di Gaza (Palestin) dan Arakan (Myanmar) berikutan penindasan dan pembantaian terhadap umat Islam di kawasan ini. Bagi perlaksanaan di Palestin, ibadah qurban atau aqiqah akan dilaksanakan oleh Aqsa Syarif Berhad melalui NGO Islamic Society of Jabaliya di Gaza. Manakala di Arakan pula, wakil Sekretariat Qurban Kasih Ummah akan pergi sendiri ke sana untuk menyaksikan dan melaksanakan ibadah qurban dan aqiqah yang telah diamanahkan oleh rakyat Malaysia.

Tanpa meminggirkan umat Islam yang lebih memerlukan di negara sendiri, pihak kami akan melaksanakan juga ibadah qurban di tempat yang benar-benar memerlukan di Malaysia, antaranya; di tempat saudara baru (muallaf) yang jauh di pedalaman di Sabah dan Sarawak dan di tempat majoriti umat Islam yang di dalam kesempitan dan kesusahan.

Bersegeralah kita membuat kebaikan mudah-mudahan akan mendapat kasih sayang Allah SWT dan diganjari dengan kebaikan di dunia dan akhirat.

“Sesungguhnya binatang qurban yang telah disembelihkan itu pada hari kiamat kelak akan dibangkitkan dengan tanduk-tanduk, bulu-bulu, dan kuku-kukunya (yakni lengkap dan sempurna anggotanya) sesungguhnya darah yang mengalir dari sembelihan qurban itu mendapat penghargaan daripada Allah dengan diredhaiNya dan diterimaNya sebelum ia menitis ke tanah”. (Riwayat Tarmizi dan Al-Hakim).

Ibadah buat kita, kegembiraan buat mereka. Marilah bersama menyertai Qurban Kasih Ummah!

 

Tuan Yaacob Tuan Soff

Pengarah Program,

Qurban Kasih Ummah 1433H

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia