Gaza dan Rohingya di hati kita


Kenyataan Akhbar – 27 Oktober 2012

Program Qurban Kasih Ummah 1433H/2012

“Gaza dan Rohingya di hati kita”

Ramadhan telah lama pergi. Syawal pun telah berlalu. Zulhijjah bakal menyusul tidak lama lagi.

Kewajipan Kita Membela Nabi Muhammad SAW

Dunia Islam baru sahaja dikejutkan dengan penyebaran filem yang menyakiti Nabi sallallahu alaihi wasallam (s.a.w.). Ia telah dilakukan oleh seorang Yahudi Amerika yang pernah membakar Al-Quran satu ketika dahulu. Reaksi spontan terhadap penyebaran filem jahat ini sebenarnya memberi satu gambaran positif dan bukti ‘keberkatan’ bahawa Ummah Islamiyah masih wujud, ruhnya masih hidup, masih punya kekuatan, masih punya harapan.