From Bikers4Gaza (FB4G) sasar kutip sumbangan RM100,000

Kira-kira 80 bikers daripada SAM, wakil-wakil kelab bikers seluruh negara dan juga rakan kongsi program FB4G turut hadir dalam sidang media dan majlis pelancaran yang berlangsung di Hotel Putra semalam.

FB4G merupakan satu program amal yang bertujuan membantu isu kemanusiaan di Gaza dengan melakukan kutipan sumbangan di seluruh Malaysia melalui persatuan SAM peringkat negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

Majlis kemuncak penyerahan segala kutipan yang dikumpul akan diadakan serentak dalam acara ‘2 Wheels Festival 2014’ di Space-U8, Shah Alam pada 7 Disember nanti.


Menurut Penyelaras program FB4G SAM, Dato’ Zamri Mohamad, program ini merupakan satu pendekatan kepada semua penunggang motor termasuk golongan mat rempit untuk menanam rasa tanggungjawab berkaitan isu kemanusiaan penduduk Gaza.

Presiden SAM, YB Dato’ Haji Abdul Halim Suleiman berkata, kerjasama SAM bersama Aqsa Syarif merupakan pendekatan baru bagi menjayakan program-program amal dalam membantu golongan yang memerlukan.

Tambahnya, kerjasama ini telah dimaklumkan kepada Pengerusi Eksekutif SAM, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan beliau memberi sepenuhnya sokongan bagi membantu program-program amal seperti ini.

“Kita tidak mahu dilihat sebagai persatuan hanya pentingkan aktiviti menunggang  semata tapi kita juga mahu memberi kesedaran untuk membantu umat Islam di Gaza yang tersepit angkara kekejaman zionis,” katanya.

Pada majlis yang sama turut diadakan sesi pengenalan rakan kongsi SAM yang turut sama menjayakan FB4G iaitu Prima Life, Bikers Assist dan WSF Travel. Turut hadir Pengerusi Humanitarian Care Malaysia Berhad, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor.

Foto majlis: http://goo.gl/Xi2b9n

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia