Forum Masyarakat Harmoni: “Sains Dari Perspektif Agama”

Forum yang bermula 2.30 petang hingga 5.30 petang menampilkan panel forum iaitu Mr Wong Weng Hong dari Dharma Speaker of Buddist Association Kedah, Ms Swami Purnananda dari Dyana Ashram Kulim, Mr Khor Teik Hooi dari Gereja Methodist  Alor Setar dan Hj Kamaruddin Abdullah dari Islamic Propagation Society International (IPSI).  Majlis dipengerusikan oleh Cikgu Azhar Dun sementara moderator forum adalah Saudara Naufal Tang, seorang saudara baru dari Hidayah Centre Pulau Pinang.

Mr Wong menjelaskan Sains yang tidak dapat dirasai secara fizikal adalah yang lebih penting dan ajaran Buddha sama seperti ajaran Sufism. Ms Swami Purnananda pula memberi penerangan dalam Bahasa Malaysia dengan fasih, beliau berasal dari Baling Kedah. Dengan bantuan powerpoint yang menarik, beliau lebih banyak menjelaskan aspek Sains yang berkaitan dengan Hindu seperti yoga dan juga penemuan artifak sains di India.

Menariknya, pembentang Kristian iaitu Mr Khor pernah menjadi guru dan pengetua kepada moderator Naufal (bekas Kristian yang telah Islam) semasa di Sekolah Sin Min. Menurut beliau, mereka (Kristian) menolak pandangan bahawa manusia berasal daripada monyet yang mana pandangan tersebut selari dengan Islam.

Panel terakhir Hj Kamaruddin pula menyampaikan isi yang menarik dengan slaid powerpoint, suara beliau cukup lantang dan jelas. Beliau memetik ayat Al-Quran tentang Sains seperti kejadian manusia, bagaimana sikap kita apabila melihat alam. Apa yang boleh dirumuskan ialah semakin kita melihat alam, keindahannya dan lain-lain, sepatutnya kita semakin hampir dengan pencipta alam. Sebelum membaca makna, beliau juga membaca ayatnya yang diharapkan mampu menggegarkan hati pendengar bukan Muslim.

Kesemua panel bersetuju bahawa Sains tidak bercanggah dengan agama. Semoga forum seperti ini dapat menyampaikan kebenaran ajaran Islam melalui penerangan dan juga edaran risalah, dan sekurang-kurangnya salah faham bukan Islam terhadap Islam akan terhakis.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia