Fikri Ahmad dinobat Tokoh Siswa 2013

Beliau turut memenangi Anugerah Tokoh Pemimpin Program Sukarelawan dan Anugerah Tokoh Sukarelawan, yang disampaikan oleh YB Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II semalam di Taman Tamadun Islam di sini.

Beliau yang juga Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UIAM Gombak merupakan pelajar cemerlang dalam akademik dan sangat aktif dalam pelbagai aktiviti ko-kurikulum dan kemasyarakatan di peringkat UIAM, nasional mahupun antarabangsa.

Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2013 yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Mahasiswa, Jabatan Pengajian Tinggi dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) adalah bertujuan memberi galakan kepada para pelajar di IPT untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti akademik dan bukan akademik yang dapat memberi nilai tambah kepada kebolehpasaran diri dan seterusnya dapat memberi sumbangan kepada masyarakat.

Melalui anugerah seumpama ini, IPT akan mempunyai platform untuk bersaing secara sihat dalam melahirkan modal insan negara yang holistik dan kompeten ke arah mencapai negara maju.

Semoga dengan anugerah in, saudara Fikri akan terus cemerlang dan menyumbang untuk agama, negara dan masyarakat serta menjadi contoh yang positif kepada mahasiswa lain, insya-Allah.

Berikut adalah sebilangan pencapaian dan penglibatan beliau dalam ko-kurikulum:

Peringkat antarabangsa :

1) IIUM High Achievers and Educational Visit Program to Seoul Korea
2) Mission of Academic and Cultural Exchange to Turkey
3) Humanitarian Visit to Cambodia
4) Global Community Service to Vietnam
5) Educational Visit to China
6) Community Service Visit to Jogjakarta Indonesia

Peringkat kebangsaan :

1) Pengarah Projek Pertama dalam Persidangan Pelajar Ekonomi Kebangsaan.
2) Juara Debat Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri  (2007)
3) Mewakili UIAM dalam Malaysian Financial Planning Competition
4) Mewakili UIAM dalam Intervasity Accounting Quiz
5) Peserta Chartered Institute of Management Accountant (CIMA) , Global Business Challenge.
6) Duta Universiti (2nd Batch), Under MOHE and MBOS.
7) Panelis dalam rancangan Bicara Kampus – RTM TV 1 ( Link: https://www.youtube.com/watch?v=53apoDyye3s )
8) Panelis dalam slot mahasiswa Radio IKIM

Peringkat Universiti :

1) Presiden – University Social Responsibility Team 2012/2013
2) Naib Presiden – Economics and Management Sciences Students Society 2011/2012
3) Naib Presiden  Quranic Youth Club 2012/2013
4) Setiausaha Mahallah Bilal Ibn Rabah 2011/2012
5) Naib Presiden – Foundation Students Coordination Council 2009/2010
6) Setiausaha – Facilitator Representative Committee 2010
7) Koordinator Program –  Sports and Martial Arts Carnival 2010
8) Penolong Pengarah Program 1 – Rafest 2010
9) Koordinator Program – Taaruf Week Program 2010 (CFS)
10) Penolong Pengarah Program – Appreciation for Taaruf Week committee 2009
11) JK Tajaan Convest 2011
12) Bendahari Karnival SRC 2012, Humanitarian Exco cum Patron 2012
14) Pengarah Program Daurah Nuqaba 2012, Palestine Day,, Forum “Egypt: Morsi Vs Sisi”, Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ), Studio Khalifah 2012 & 2013, Macex Appreciation Day 2013, Panelis dan Moderator dalam banyak acara di UIAM.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia