Faktor kejayaan Vietnam bebas COVID-19

Vietnam dianggap berjaya walaupun sistem penjagaan kesihatan mereka kurang maju berbanding negara-negara Asia yang lain. Vietnam hanya mempunyai lapan (8) doktor untuk setiap 10,000 orang, satu pertiga daripada nisbah di Korea Selatan, menurut Bank Dunia.

 

Setelah tiga minggu perintah kawalan pergerakan (PKP) seluruh negara, Vietnam menarik balik peraturan penjarakan sosial pada hujung April. Sejak itu, tiada laporan mengenai jangkitan tempatan lebih 40 hari. Perniagaan dan sekolah telah dibuka kembali dan kehidupan secara beransur-ansur kembali normal seperti biasa.

 

Guy Thwaites, seorang doktor penyakit berjangkit yang bekerja di salah sebuah hospital utama yang dilantik oleh kerajaan Vietnam untuk merawat pesakit COVID-19 mengatakan, jumlah kes pandemik itu yang dicatatkan oleh Vietnam selaras dengan kenyataan di lapangan.

 

“Saya pergi ke wad setiap hari dan tahu kes itu, saya tahu tidak ada kematian,” kata Thwaites, yang juga mengetuai Unit Penyelidikan Klinikal Universiti Oxford di Bandar Ho Chi Minh, sebagaimana yang dilaporkan CNN (30 Mei 2020).

 

Apabila kuasa besar seperti Amerika Syarikat runtuh akibat pandemik COVID-19, bagaimana Vietnam, sebuah negara berpendapatan sederhana dapat melepaskan diri daripada wabak ini?

 

Menurut pakar kesihatan awam, jawapannya terletak kepada kombinasi pelbagai faktor, bermula daripada respons cepat kerajaan untuk mencegah penyebarannya, hingga kepada penjejakan kontak yang teliti serta kuarantin dan komunikasi awam yang berkesan. Berikut adalah empat langkah utama yang menjadi kunci kejayaan Vietnam bebas daripada wabak COVID-19.

 

1. Bertindak cepat dan lebih awal

 

Vietnam mula bersiap sedia untuk COVID-19 beberapa minggu sebelum kes pertama dikesan. Pada masa itu, China dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan bahawa tidak ada ‘bukti yang jelas’ untuk penularan manusia ke manusia. Tetapi Vietnam tidak mahu mengambil risiko.

 

“Kami tidak hanya menunggu garis panduan WHO. Kami menggunakan data yang kami kumpulkan dari luar dan dalam negara untuk mengambil tindakan lebih awal,” kata Timbalan Ketua Jabatan Kawalan Jangkitan di Institut Kebersihan dan Epidemiologi Nasional di Hanoi, Dr Pham Quang Thai.

 

Pada awal Januari lalu, pemeriksaan suhu dilakukan kepada penumpang yang tiba dari Wuhan di lapangan terbang antarabangsa Hanoi. Pelawat demam diasingkan dan dipantau dengan teliti.

 

Pada pertengahan Januari pula, Timbalan Perdana Menteri Vu Duc Dam memerintahkan agensi kerajaan mengambil langkah drastik dan tegas untuk mencegah penyakit itu merebak ke Vietnam, memperketatkan kuarantin dan pemeriksaan di pintu sempadan, lapangan terbang dan pelabuhan.

 

Pada 23 Januari, Vietnam mengesahkan dua kes pertama COVID-19 iaitu seorang warganegara China yang tinggal di Vietnam dan ayahnya yang telah pulang dari Wuhan untuk melawat anaknya. Keesokan harinya, pihak berkuasa Vietnam membatalkan semua penerbangan dari Wuhan.

 

Ketika negara itu menyambut cuti Tahun Baru Cina, Perdana Menteri Nguyen Xuan Phuc mengisytiharkan perang terhadap COVID-19.

 

“Memerangi wabak ini adalah seperti memerangi musuh,” katanya.

 

Tiga hari kemudian, beliau membentuk sebuah jawatankuasa pemandu untuk mengawal wabak yang mana pada hari yang sama WHO mengumumkan COVID-19 sebagai satu kecemasan kesihatan awam yang menjadi perhatian antarabangsa.

 

Pada 1 Februari, Vietnam mengisytiharkan status wabak dengan hanya enam kes positif dan semua penerbangan antara Vietnam dan China dihentikan diikuti dengan penangguhan visa kepada warganegara China pada hari berikutnya.

 

Sekatan perjalanan, kuarantin dan penangguhan visa diperluas ketika COVID-19 merebak ke negara-negara seperti Korea Selatan, Iran dan Itali. Vietnam akhirnya melarang semua lawatan asing pada akhir Mac.

 

Vietnam juga dengan cepat mengenakan perintah kawalan pergerakan secara proaktif. Pada 12 Februari, negara ini mengawal pergerakan seluruh masyarakat luar bandar yang berjumlah 10,000 orang di utara Hanoi selama 20 hari kerana tujuh kes COVID-19, yang merupakan perintah kawalan besar-besaran pertama yang diketahui di luar China.

 

Sekolah dan universiti yang dijadualkan dibuka semula pada bulan Februari setelah cuti Tahun Baru Cina, diarahkan ditutup dan hanya dibuka pada bulan Mei. Thwaites mengatakan bahwa kepantasan respons Vietnam adalah sebab utama di sebalik kejayaannya.

 

2. Penjejakan kontak yang teliti

 

Tindakan awal Vietnam secara efektif membataskan penyebaran wabak antara komuniti dan hanya 16 kes positif pada 13 Februari. Selama tiga minggu, tidak ada jangkitan baru sehingga gelombang kedua melanda pada bulan Mac yang dibawa rakyatnya yang kembali dari luar negara. Pihak berkuasa mengawasinya dengan teliti kontak pesakit COVID-19 dan dikenakan kuarantin selama dua minggu.

 

“Kami memiliki sistem yang sangat kuat; 63 CDC wilayah (pusat kawalan penyakit), lebih 700 CDC daerah dan lebih 11,000 pusat kesihatan. Itu semua berkaitan dengan penjejakan kontak,” kata Dr Pham, yang bekerja di Institut Kesihatan dan Epidemiologi Nasional.

 

Pesakit COVID-19 yang disahkan mesti memberikan senarai lengkap semua orang yang dia temui dengan pekerja kesihatan dalam tempoh 14 hari sebelumnya.

 

Pengumuman dibuat di surat khabar dan disiarkan di televisyen untuk memberitahu orang ramai tentang di mana dan bila seseorang pesakit COVID-19 berada, meminta orang ramai pergi ke pihak kesihatan untuk diuji jika mereka berada di sana pada masa yang sama, kata Pham.

 

Ketika hospital Bach Mai di Hanoi, salah sebuah hospital terbesar di Vietnam, menjadi zon merah COVID-19 dengan puluhan kes pada bulan Mac, pihak berkuasa mengarahkan penutupan kemudahan tersebut daripada pesakit lain. Mereka mengesan hampir 100,000 orang yang berkaitan dengan hospital itu, termasuk pegawai perubatan, pesakit, pelawat dan kontak rapat mereka, menurut Pham.

 

Pihak berkuasa juga mengadakan saringan kepada lebih 15,000 orang yang berkaitan dengan hospital termasuk 1,000 pekerja kesihatan. Pencarian kontak tersebut begitu teliti sehingga tidak hanya kontak langsung dengan orang yang dijangkiti tetapi juga kontak tidak langsung.

 

“Itulah satu aspek unik respons mereka. Saya tidak fikir ada negara yang melakukan pemeriksaan hingga ke tahap demikian,” kata Thwaites.

 

Semua kontak langsung ditempatkan di tempat kuarantin kerajaan iaitu di pusat kesihatan, hotel atau kem tentera. Beberapa kontak tidak langsung diperintahkan untuk mengasingkan diri di rumah, menurut kajian langkah-langkah kawalan COVID-19 Vietnam oleh kira-kira 20 pakar kesihatan awam di sana.

 

Hingga 1 Mei, sekitar 70,000 orang dikuarantinkan di fasiliti kerajaan sementara sekitar 140,000 diasingkan di rumah atau di hotel, menurut kajian itu.

 

Kajian itu juga mendapati bahawa daripada 270 pesakit pertama COVID-19 di Vietnam, 43 peratus adalah kes asimptomatik (tidak menunjukkan simptom). Sekiranya pihak berkuasa tidak proaktif mencari orang yang berisiko dijangkiti, virus tersebut boleh tersebar secara senyap kepada masyarakat beberapa hari sebelum dikesan.

 

3. Pengeluaran besar kit ujian COVID-19

 

Pada akhir Februari ketika Presiden AS Donald Trump masih memandang rendah bahaya virus ini, Viet dan rakan-rakannya mula mencari komponen penting yang diperlukan untuk menghasilkan ujian COVID-19 secara besar-besaran dari Amerika Syarikat dan Jerman.

 

Sebagaimana dilaporkan Reuters, para penyelidik di Universiti Perubatan Tentera Vietnam bekerjasama dengan Viet A Corp untuk merancang peralatan ujian dan kerajaan menyerahkan lesen kepada sebuah syarikat swasta untuk menghasilkan alat tersebut secara besar-besaran.

 

Viet berkata, kit ujian syarikatnya kini telah menyediakan 250,000 ujian di Vietnam dan telah mengeksport alat ujian dengan kapasiti 20,000 ujian.

 

Pada 23 Januari, Vietnam menangguhkan penerbangan dari bandar Wuhan di China tidak lama setelah menemui dua kes pertama. Vietnam bertindak pantas walaupun WHO pada masa itu hanya memberi nasihat mengenai sekatan perjalanan.

 

Seminggu selepas itu, Vietnam secara efektif menutup sempadan 1,400 kilometer dengan China untuk semua bidang kecuali perdagangan yang penting.

 

Pada pertengahan Mac, Vietnam menggunakan topeng muka di tempat awam lebih awal daripada kebanyakan negara lain yang mengikuti nasihat WHO bahawa hanya orang yang mengalami gejala yang harus memakainya. Beberapa kilang pakaian Vietnam beralih untuk membuat topeng muka dan kain pembedahan untuk keperluan barisan hadapan.

4. Komunikasi dan propaganda masyarakat

 

Sejak awal, kerajaan Vietnam telah berkomunikasi secara jelas dengan masyarakat tentang wabak tersebut. Laman web khusus, talian telefon dan aplikasi telefon dibuat untuk mengemas kini isu agar orang ramai mengetahui keadaan wabak dan nasihat-nasihat perubatan. Kementerian Kesihatan juga selalu mengirim peringatan kepada penduduk melalui pesanan SMS.

 

Pham berkata, pada hari yang sibuk, talian hotline negara sahaja menerima 20,000 panggilan, tidak termasuk ratusan talian hotline peringkat wilayah dan daerah.

 

Jentera propaganda besar-besaran negara juga digerakkan, meningkatkan kesedaran akan wabak ini melalui pembesar suara, poster jalanan, akhbar dan media sosial.

 

Pada akhir Februari, Kementerian Kesihatan mengeluarkan video muzik menarik berdasarkan lagu-lagu pop Vietnam untuk mengajar orang bagaimana mencuci tangan dengan betul dan langkah-langkah kebersihan lain semasa wabak. Dikenali sebagai ‘lagu cuci tangan’, ia segera menjadi tular sehingga kini telah menarik lebih 48 juta tontonan di YouTube.

 

Thwaites mengatakan bahawa pengalaman kaya Vietnam dalam menangani penyakit berjangkit seperti wabak SARS pada tahun 2002 hingga 2003 dan kemudian selesema burung telah membantu kerajaan dan masyarakatnya untuk lebih bersiap sedia menghadapi pandemik COVID-19.

 

Sumber:

Tempo | CNN | Astro Awani

https://bit.ly/2XOpapm

https://bit.ly/3gFjir4

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia