Faham, Hormat dan Terima Asas Keharmonian Masyarakat

KUALA LUMPUR – Perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama bermula dengan saling mengenali antara satu sama lain, menurut Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia, Hj Badlishah Sham Baharin.

Kata beliau, memperbanyakkan interaksi antara silang kaum dan agama adalah perlu bagi menggalakkan rakyat Malaysia saling mengenali dan memahami budaya antara kaum yang berbeza.

Tambahnya, interaksi sebegini bertujuan untuk mengeratkan lagi semangat muhibah dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Hj Badlishah Sham berkata demikian sebagai ahli panel sesi Bual Bicara Harmoni Madani yang bertajuk ‘Faham, Hormat dan Terima: Prinsip Asas Pengukuhan Integrasi Nasional dan Keharmonian Masyarakat Malaysia’ sempena Majlis Pelancaran Inisiatif Harmoni MADANI.

Bual bicara tersebut turut menampilkan ahli panel Prof Dr Novel Anak Lyndon (Pensyarah Pusat Kajian Pembangunan, Sosial & Persekitaran (SEEDS) UKM) dan Venerable Jue Cheng (Fo Guang Shan) bersama moderator Nor Syamelia Azizi.

Pelancaran  Inisiatif Harmoni MADANI disempurnakan perasmiannya oleh Menteri Perpaduan Negara,  YB Datuk Aaron Ago Dagang di  Dewan Kalamandapam, Brickfields di sini pada Sabtu, 27 April lalu.

Beliau berkata, inisiatif itu bertujuan membudayakan amalan menyebarkan mesej keharmonian dan muhibah antara penganut pelbagai agama.

Pelbagai program dirangka bagi melaksanakan usaha itu seperti jelajah turun padang dan wacana mengetengahkan konsep asas integrasi nasional iaitu ‘Faham, Hormat dan Terima’ bagi memastikan budaya keharmonian antara masyarakat sentiasa terpelihara.

Ujarnya, kepelbagaian adalah warisan sejarah pembentukan masyarakat Malaysia yang seharusya dirai dan dipelihara agar perpaduan dan keharmonian dapat dikekalkan.

“Walaupun wujud perbezaan daripada kepelbagaian yang menjadi cabaran dalam mengukuhkan perpaduan, namun jika ia diuruskan dengan baik, kepelbagaian ini menjadi kekuatan negara dalam membentuk masyarakat Malaysia yang harmoni dan bersatu padu,” katanya.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia