Erti Kemerdekaan: Aktiviti H2O Dekati Masyarakat

Erti Kemerdekaan: Aktiviti H2O Dekati Masyarakat | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Hidayah Centre Foundation (HCF) dengan kerjasama Rakan Hidayah telah menganjurkan aktiviti Hidayah Harmony Outreach (H20) di Taman Tasik Manjalara, Kepong pada Ahad.

Program yang bertemakan ‘Hijrah dan Kemerdekaan’ bertujuan untuk mendekati masyarakat pelbagai kaum bagi berkongsi perspektif Islam dalam menghayati kemerdekaan, di samping memperbetulkan salah faham terhadap Islam melalui pendekatan harmoni.

Aktiviti tersebut disertai sepasukan kakitangan HCF dan sukarelawan Rakan Hidayah, yang diketuai oleh pemangku Penolong Pengurus Jabatan Outreach HCF, Encik Muhammad Syahid Abdul Rahman.

Masyarakat yang ditemui menyambut baik inisiatif ini dan memberikan respons yang memberangsangkan, melibatkan santunan 33 orang responden daripada pelbagai latar belakang.

Dalam perkembangan berkaitan, aktiviti H2O turut diadakan pada Sabtu dan Ahad lalu di Padang Kota dan Armenian Street bersama pasukan Rakan Hidayah Pulau Pinang.

Intipati utama program ini dibuat untuk mendalami maksud kemerdekaan dari sudut pemahaman pelbagai agama.

Pada masa yang sama, sukarelawan turut dapat menerangkan erti kemerdekaan yang dibawa Islam iaitu pembebasan manusia daripada penyembahan terhadap makhluk kepada penyembahan terhadap Tuhan yang satu.

Bagi tempoh dari bulan Januari hingga Julai pada tahun ini, HCF telah menganjurkan sebanyak 188 aktiviti outreach dan telah melakukan 78 jaringan dengan pertubuhan agama.

HCF juga mempunyai 487 sukarelawan yang aktif, menyantuni 313 peserta latihan dakwah dan telah berjaya memberikan 192 ceramah kesedaran dakwah.

Berdasarkan laporan pencapaian terkini, seramai 610 mualaf baharu diberikan sokongan dan 534 orang mualaf mengikuti kelas yang dianjurkan, manakala terdapat 59 orang mualaf yang diperkasakan melalui program khas.

Orang ramai ingin turut menyertai program sebegini, dialu-alukan untuk mendaftar sebagai sukarelawan Rakan Hidayah atau menyumbang di pautan www.dahsedekah.com.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia