Era Pembelajaran Digital: Martabatkan Bahasa Melayu

Era Pembelajaran Digital: Martabatkan Bahasa Melayu | IKRAM

Malaysia MADANI mewakili enam rukun iaitu M (keMampanan), A (kesejAhteraan), D (Daya cipta), A (hormAT), N (keyakiNan) dan I (Ihsan) yang menjadi tonggak dalam memeta hala tuju Malaysia menuju sebuah negara bangsa yang maju dan sejahtera.

Pendekatan pemikiran yang ke hadapan dan ekonomi digital bersedia untuk membolehkan medan yang sama rata untuk semua serta memastikan faedah pendigitalan boleh diakses oleh masyarakat dan menjamin kedudukan negara dalam era digital. 

Malaysia telah menunjukkan kemajuan ketara dalam usaha pendigitalannya sejak beberapa tahun kebelakangan ini apabila kerajaan dan pihak swasta bersama melabur dalam teknologi serta infrastruktur digital.

Ia bukti kepimpinan negara dalam menerajui perubahan progresif menerusi inovasi teknologi dan transformasi digital. Negara juga proaktif menerajui pelbagai inisiatif ke arah matlamat itu seperti kesalinghubungan internet berkelajuan tinggi dan kemajuan lain dalam teknologi telekomunikasi. 

Dasar Pendidikan Digital yang telah dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan bertujuan melahirkan murid fasih digital serta memiliki nilai serta etika penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang baik serta bersedia mengatasi cabaran masa depan.

Istilah ‘fasih digital’ merujuk kepada keupayaan seseorang untuk menggunakan, memahami dan berinteraksi dengan teknologi digital dengan cekap dan perlu seiring dalam memartabatkan bahasa Melayu dan memperkasakan bahasa Inggeris.

Keupayaan murid menggunakan teknologi digital secara bersepadu, kreatif, bertanggungjawab dan beretika adalah selari dengan usaha kerajaan mewujudkan generasi fasih digital bagi menyediakan kelompok yang menguasai pengetahuan dan kemahiran digital.

Terdapat pelbagai kelebihan yang boleh didapati melalui pembelajaran secara digital. Antaranya ia membolehkan pelajar mengikuti proses pembelajaran secara fleksibel tanpa perlu terikat dengan waktu pembelajaran konvensional.

Tumpuan utama masih kekal untuk menyediakan akses saksama kepada semua menerusi capaian kesalinghubungan dan teknologi digital, terutama di kawasan yang kurang mendapat perkhidmatan seperti di luar bandar dan terpencil bagi merapatkan jurang digital.

Namun, kita jangan lupa kepentingan bahasa Melayu yang juga Bahasa Kebangsaan untuk dimartabatkan dalam sistem pendidikan. Ia perlu diutamakan sesuai dengan kedudukannya dalam Perlembagaan Persekutuan, di samping mempertingkatkan penguasaan bahasa asing sebagai wahana pembinaan tamadun.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pernah bertitah dalam Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bahawa penulis dan penerbit di negara ini seharusnya bergerak seiring dengan peredaran zaman dalam mengukuhkan pemerkasaan bahasa Melayu pada era digital ini. Pelbagai usaha di peringkat antarabangsa juga dilaksanakan untuk mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa supranasional, iaitu bahasa serantau dan bahasa antarabangsa, sepertimana pada zaman kegemilangan kerajaan Kesultanan Melayu suatu ketika dahulu.

Warisan sejarah dan budaya negara boleh membuka lebih banyak peluang untuk mempamerkan nilai-nilai yang menjadi teras kepada dasar luar Malaysia, daripada kepentingan sejarahnya sebagai laluan perdagangan kepada budaya yang dikongsi Malaysia dengan jiran serantau.

Usaha Malaysia ke arah dialog antara agama dan dasar sosialnya juga merupakan aspek yang bakal dipromosikan bagi memastikan dunia melihat nilai sesebuah negara melalui kepelbagaian dan toleransi, selain kekayaan seni dan makanan tanah air.

Usaha mengangkat martabat bahasa Melayu di persada antarabangsa perlu diperkasakan secara berterusan selaras dengan perkembangan era digital yang semakin meluas dan berkembang pesat.

Matlamat Pembangunan Mampan 4: Pendidikan Berkualiti (Sustainable Development Goal – SDG 4) berkisar mengenai pendidikan berkualiti dan merupakan antara 17 Matlamat Pembangunan Mampan yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada September 2015.

Tajuk penuh SDG 4 ialah “Memastikan pendidikan berkualiti secara inklusif dan saksama dan menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada semua.”

Antara perbahasannya ialah memperkasakan masyarakat ke arah inovasi teknologi dan transformasi digital, memangkin pertumbuhan ekonomi digital melalui penyediaan akses rangkaian komunikasi serta perkongsian pengetahuan dan maklumat serta pembinaan kapasiti masyarakat. 

Pendekatan kreatif seperti menggunakan teknologi dalam pembelajaran bahasa Melayu dengan kaedah seperti nyanyian, video dan permainan dalam talian adalah langkah positif untuk menarik minat pelajar. Ia juga mencerminkan kefahaman bahawa pembelajaran bukan sahaja perlu efektif, tetapi juga menarik untuk mengekalkan minat pelajar.

Oleh itu, PdP dapat dilaksanakan secara kreatif dan menarik minat murid untuk mempelajari bahasa Melayu bahkan memudahkan murid-murid untuk memahami dan mengingati pelajaran pada hari tersebut.

Aktiviti kuiz dan permainan bahasa secara dalam talian boleh dilaksanakan secara interaktif melalui belajar sambil bermain dengan penggunaan aplikasi permainan ataupun gamifikasi yang boleh diakses dan dilaksanakan secara praktikal dalam kelas.

Aplikasi seperti YouTube, TikTok, Instagram, Telegram, Facebook mahupun WhatsApp boleh dijadikan platform pembelajaran yang lebih menarik kerana perkongsian ilmu sama ada berbentuk audio, video, imej, nota, modul mahupun lembaran kerja boleh dilaksanakan dengan mudah. 

Kesepakatan yang dicapai akan memberi impak positif iaitu dapat mempertingkatkan pemahaman dan penggunaan bahasa Melayu di peringkat global selain memperkukuhkan serta memperkembangkan bahasa Melayu seiring dengan dunia moden yang semakin kompetitif.

Visi untuk Malaysia yang terhubung secara digital dan memastikan faedah pendigitalan dapat diakses oleh semua lapisan masyarakat adalah hala tuju yang membanggakan. 

Marilah kita bersama-sama memperkasakan bahasa Melayu, memperkenalkan kepelbagaian budaya dan memperkukuh perpaduan globalisasi dengan melahirkan masyarakat melalui inovasi teknologi dan transformasi digital.

Ayuh kita berganding bahu merealisasikan usaha untuk  mempercepat pertumbuhan ekonomi digital dan memperkuat kedudukan negara dalam era digital global.

Prof Madya Ts Dr Jessica Ong Hai Liaw
Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia 
Pengerusi Women in Logistics and Transport (WiLAT) Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia