SRIH Johan Memanah Singapura 2014

srih johan

SINGAPURA, 12 September 2014 – Pasukan memanah lelaki Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) Johor Bahru menjadi johan kategori berpasukan dalam kejohanan memanah peringkat kebangsaan di Singapura, National Junior Archery Championship 2014 pada Sabtu 12 September lalu di Cedar Primary School. Pasukan SRIH dianggotai Adik Muhammad Irfan Farhan bin Ezaidin, Adik Muhammad bin Rosbi dan Adik Hazrel Idlan bin Hafizal. Lebih membanggakan, Irfan telah berjaya memecahkan rekod Singapura bawah 12 tahun setelah berjaya mengumpul 701 markah untuk dua pusingan untuk jarak 15 meter.

Irfan dinobatkan sebagai johan keseluruhan kategori lelaki 12 tahun sementara Muhammad memenangi tempat ke-3. Pada tahun ini, pasukan memanah lelaki SRIH turut memenangi kejohanan MSSD Johor Bahru dan MSSN Johor di mana srih johan2Muhammad Irfan Farhan dan Muhammad mewakili Johor di peringkat kebangsaan pada Mac lalu. Tidak kurang hebatnya, pasukan memanah Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) memenangi kejohanan memanah peringkat MSSD Johor Bahru dan MSSN Johor di mana Muhammad Arieff Haikal bin Ezaidin dan Muhammad Syahmi bin Shahron mewakili Johor dalam kejohanan MSSM peringkat kebangsaan pada Mac lalu.

SRIH dan SMIH juga mengungguli kejohanan memanah di peringkat daerah dan negeri pada tahun 2012 dan 2013. Tahniah kepada semua pasukan memanah SRIH, SMIH, jurulatih memanah Ustaz Ezaidin Norman dan juga warga Hidayah yang terlibat secara langsung atau tidak langsung atas kejayaan yang cemerlang dan membanggakan ini. Teruskan momentum kemenangan ini, insyaa-Allah.

Sumber:

1. http://bit.ly/1s7XCId
2. http://bit.ly/ZratbM

 

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia