Sekolah Sumbang RM70,000 untuk Murid Palestin

JOHOR BAHRU – Lebih RM70,000 telah berjaya dikumpulkan di sekolah-sekolah seluruh negeri Johor untuk disalurkan kepada kanak-kanak dan sekolah di Palestin. Jumlah itu merupakan hasil Kempen “Bag to School” yang dilancarkan oleh Humanitarian Care Malaysia (MyCare) Negeri Johor sejak Ogos lalu.

Menurut pengerusinya, Prof. Madya Dr. Mohd Zin Kandar, kempen tersebut telah dijalankan di 27 buah sekolah di negeri ini dengan mendapat kerjasama dan sokongan sepenuhnya daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ).

Beliau berkata demikian dalam Majlis Hi-Tea dan Penyampaian Sumbangan Kemanusiaan di sebuah hotel di sini. Dalam majlis tersebut, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPNJ, Hj. Yasman Jamsir telah menyempurnakan penyampaian sumbangan sebanyak RM 72,352.80 kepada MyCare. Majlis turut dihadiri oleh wakil-wakil dari Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Johor Bahru, PPD Kulai, dan sekolah-sekolah terpilih serta para aktivis MyCare dan wakil pelajar Palestin di Malaysia.

“Sebahagian hasil sumbangan tersebut kita telah sampaikan kepada wakil kami di Gaza untuk diserahkan kepada anak-anak yatim dan miskin yang sangat ramai di sana,” kata Dr. Mohd. Zin.

“Kita sasarkan untuk mendapatkan sumbangan yang lebih tinggi pada tahun ini dengan pertambahan sekolah-sekolah yang berminat untuk berkerjasama dengan kita,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Hj Yasman dalam ucapannya pula menzahirkan sokongan penuh pihak JPNJ kepada program-program anjuran MyCare di sekolah-sekolah di negeri ini.

“Pada saya, program-program seperti ini sangat sesuai untuk murid-murid kita. Kita perlu tanamkan semangat kesukarelawanan dan kemanusiaan dalam diri mereka sepertimana terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara dan Pelan Pembangunan Pendidikan,” tegasnya.

Turut berlangsung penyampaian sijil penghargaan kepada sekolah-sekolah yang terlibat dalam kempen tersebut. Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) dan Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) terpilih sebagai sekolah yang berjaya mengumpul jumlah sumbangan tertinggi manakala Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya pula terpilih sebagai sekolah yang paling aktif dalam memberi sumbangan kepada program-program MyCare. – IKRAMedia Johor

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia