Program ini mendapat respon yang positif daripada para peserta dan berharap agar program seperti ini diadakan lagi pada masa akan datang kerana banyak manfaat yang diperolehi sepanjang program.
Pertubuhan IKRAM Malaysia merupakan pertubuhan yang berteraskan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan hidup masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam.
Orang ramai dijemput untuk turut serta dalam program-program anjuran IKRAM pada masa akan datang. Selain itu, sokongan dan penglibatan masyarakat dalam melaksanakan program-program ini sangat dialu-alukan.
Perkembangan dan maklumat berkenaan IKRAM Sarawak boleh diikuti di laman sesawang http://ikram.org.my/v4/negeri/sarawak.html dan fb Ikram-Sarawak.