
Kota Samarahan, 28-29 September 2019- Seramai hampir 50 orang aktivis IKRAM Muda Sarawak berkumpul di Perkampungan IKRAM Muda Sarawak selama dua hari di Dewan Suarah Kota Samarahan. Perkampungan ini melibatkan aktivis IKRAM dari Belia Harmoni Sarawak, Asatizah Muda IKRAM Sarawak dan IKRAMTeens Sarawak. Pelbagai aktiviti yang dijalankan selama dua hari yang penuh bermakna. Di antaranya adalah perkongsian taklimat IKRAM Muda Sarawak daripada Ketua IKRAM Muda Sarawak, En Mohd Azrin Mohd Said. Seterusnya pembentangan gerak kerja dakwah pemuda oleh Ust Aadtif, Pengerusi JK Tabiah Negeri Selangor. Manakala di sebelah petang, setiap kumpulan aktivitis melakukan pembentangan berasingan gerak kerja masing-masing. Sesi team building indoor juga dilakukan pada sebelah petang.
Manakala pada keesokannya perbincangan dan resolusi setiap kumpulan dilakukan dengan jayanya. Penutupan dari YDPN IKRAM Sarawak oleh Ustaz Mohamad Salleh Bin Hamdin menutup tirai PIMSAR 2019. Moga perkampungan pada kali ini menjadi batu lonjatan untuk kita bergerak dengan lebih melaju.