
Pada 11 Mac 2016 (Jumaat) yang lalu telah berlangsungnya Mesyuarat Agong Daerah Kuala Terengganu Sesi 2015-2016, bertempat di Pejabat IKRAM Terengganu, Kuala Terengganu. Mesyuarat ini dirasmikan oleh Bendahari IKRAM Terengganu iaitu Tuan Haji Abas bin Sahat yang mewakili JKN IKRAM Terengganu. Selain daripada agenda pembentangan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 2015, agenda pemilihan jawatankuasa daerah yang baharu juga dibuat dengan lancar dan baik. Tahniah kepada Yang DiPertua IKRAM K Trg yang baharu En. Jalaluddin bin Adam bersama ahli jawatankuasa daerah yang baharu.