
Kuching, 5 Okt 2019 (Sabtu)-Penggerak IKRAM Media Sarawak telah membuat kunjungan ke Pejabat Suara Sarawak di Metrociity Matang. Pihak IKRAM Media Sarawak berbesar hati kerana mendapat pelbagai input dari segi perjalanan Suara Sarawak sehingga mereka mempunyai pejabat yang baharu dibuka tiga bulan lepas. Kelihatan ramai tenaga muda yang bekerja untuk menghidupkan Suara Sarawak dan didapati mereka boleh berkembang dengan lebih cepat dan masa depan lebih baik. Selain melihat secara fizikal di pejabat berkenaan, pihak IKRAM Media negeri juga sempat berbincang untuk bekerjasama dalam memberi input dalam akhbar Suara Sarawak. Layanan daripada wakil Suara Sarawak iaitu En Awang Rosli, Timbalan Eksekutif Editor Suara Sarawak dan En Haziq, Editor Portal Suara Sarawak sangat kami hargai. Semoga kerjasama ini dapat menyebarluaskan lagi fikrah dan menonjolkan visibiliti IKRAM Sarawak di bumi Sarawak.