Wakil-wakil media dari empat kawasan lain IKRAM Wilayah Persekutuan juga turut hadir dalam seminar ini yang disampaikan dengan jayanya oleh Dr. Nur Aisyah Zainordin yang lebih popular dengan nama penanya Muharikah. Dr. Nur Aisyah Zainordin merupakan kolumnis ‘Majalah JOM’. Beliau juga merupakan penulis dua buah buku bertajuk ‘Lagenda Budak Usrah’ dan ‘Muharikah The Comics’, selain juga merupakan pemilik akaun facebook ‘Muharikah’ yang memperolehi lebih daripada 150 000 likes buat masa ini.
Seminar ini diisi dengan pengisian tentang cara menggunakan media sosial bagi memperkasakan dakwah IKRAM. Selain itu, semua delegasi berpeluang mengadakan perbincangan tentang tugas-tugas dan sasaran ‘team’ IKRAMedia Wilayah Persekutuan bagi memperkasakan lagi Media IKRAM di kawasan masing-masing.
Setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t. yang melancarkan perjalanan program dan kerana program ini telah berjaya membuka gerak kerja baru ‘team’ IKRAMedia Wilayah Persekutuan, insyaAllah.