Korban IKRAM 1435H Meriah di Gelang Patah

korban1

GELANG PATAH, 5 Oktober 2014 – Sederhana tapi meriah, itulah yang boleh menggambarkan suasana pada Majlis Korban 1435H di Masjid Abu Hurairah, Kompleks Sultan Abu Bakar, Tanjung Kupang dekat sini. Majlis anjuran jawatankuasa masjid itu dilangsungkan dengan kerjasama daripada Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) Daerah Johor Bahru Tengah.

Dalam majlis yang bermula sekitar jam 9.30 pagi itu, tujuh ekor lembu dan dua ekor kambing berjaya dikorbankan dengan dua ekor lembu adalah hasil sumbangan ahli-ahli IKRAM Johor Bahru Tengah yang turut sama bertungkus lumus bergotong-royong bersama masyarakat setempat bagi menjayakan majlis tersebut.

Menurut Yang Dipertua IKRAM Daerah Johor Bahru Tengah, Prof Madya Dr. Mohamed Ruslan Abdullah, masjid ini dipilih sebagai rentetan daripada hubungan yang sedia terjalin melalui program kemasyarakatan IKRAM Johor Bahru Tengah, ‘Bingkisan Ramadan’ pada bulan Ramadhan yang lalu.

“Program ini merupakan satu pendekatan yang baik untuk mendekatkan IKRAM dengan masyarakat. Terima kasih diucapkan kepada semua yang menyumbang untuk menjayakan majlis pada hari ini”, ujar beliau ringkas. Sebelum itu, beliau turut sama berganding bahu dengan penduduk setempat selain sempat menyembelih seekor daripada lembu yang dikorbankan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Masjid Abu Hurairah, korban2Encik Ismail Mudah pula melahirkan harapan beliau agar program kerjasama seumpama ini dapat diperbanyakkan lagi di masa-masa akan datang.

“Pihak kami sangat mengalu-alukan kerjasama daripada IKRAM serta pihak-pihak lain untuk melaksanakan program-program seperti ini. Kami berharap supaya masjid ini dapat menjadi pusat rujukan yang boleh menggerakkan masjid-masjid di sekitar kawasan ini agar lebih aktif mendekatkan masyarakat dengan masjid”, tambah beliau.

Majlis tersebut diakhiri dengan pengagihan daging korban kepada masyarakat sekitar yang memerlukan. Semoga segala amal diterima sebagai ibadah oleh Allah.

 

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia