Menurut Nurul Asyikin binti Romat selaku pengarah program, beliau berharap program ini mampu mengesani jiwa peserta supaya lebih mengenali Allah sebagai pencipta.
Selain itu, beliau turut berharap agar program ini menjadi wadah pembentukan akhlak kanak-kanak ke arah pembinaan generasi Islam yang cemerlang.
IKRAM Junior merupakan institusi yang bernaung di bawah Pertubuhan IKRAM Malaysia yang komited dalam memberikan manfaat yang signifikan terutamanya dalam penganjuran aktiviti dan program ke arah pembentukan jiwa dan akhlak mulia kanak-kanak.
Kita semua sedia maklum bahawa kanak-kanak inilah yang akan menjadi tonggak kekuatan generasi dan ummah yang cemerlang di masa hadapan, selaras dengan moto IKRAM Junior iaitu “Giat Bermanfaat Generasi Hebat.”