Pertandingan Bercerita dan Pertandingan Pidato Anak-anak Malaysia Piala Ketua Wanita IKRAM Peringkat Zon Tengah

KAJANG – Pertandingan Bercerita dan Pertandingan Pidato Anak-anak Malaysia Piala Ketua Wanita IKRAM Peringkat Zon Tengah telah berlangsung dengan jayanya, bertempat di Dewan As-Siddiq, SRI Sri Al-Amin Bangi di sini hari ini.

Program yang khusus diadakan untuk para pelajar sekolah rendah dan menengah rangkaian Musleh itu julung-julung kalinya dianjurkan oleh Wanita IKRAM Malaysia dan dijayakan dengan kerjasama Musleh Integrated Education Berhad serta sokongan daripada Wanita IKRAM Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Syed Ahmad ‘Ammar Syed Ahmad Fakhrurozi, 9 dari SRI Sri Al-Amin Bangi muncul Johan bagi Pertandingan Bercerita untuk murid sekolah rendah tahap 1 sementara Nur Iman Raudhah Ikhmal Husin, 12 dari SRI Al-Amin Cheras Selatan dan Amni Zahra Shaiful Azli, 13 dari SMI Sri Al-Amin Bangi, masing-masing dinobatkan sebagai Johan bagi Pertandingan Pidato untuk murid sekolah rendah tahap dua dan sekolah menengah.

Pengarah Pertandingan bagi peringkat zon tengah merangkap Jawatankuasa Wanita IKRAM Selangor, Halimah Abdul Hamid berkata, pertandingan seumpama itu dapat memupuk minat dalam bidang pengucapan awam sekali gus mengetengahkan bakat generasi muda sebagai pelapis pemimpin yang akan datang.

“Pertandingan seperti ini boleh melahirkan individu yang berani ke hadapan, bercakap dan mengutarakan pandangan.”

“Selain itu, peserta berpeluang membina keyakinan dan seterusnya dapat membentuk keterampilan diri,” katanya dalam ucapan pembukaannya.

Turut hadir, Ketua Wanita IKRAM Selangor, Prof. Dr. Norhasmah Sulaiman dan Ketua Wanita IKRAM Kuala Lumpur, Siti Alawiyah Sahri.


Dalam perkembangan sama, Syed Ahmad ‘Ammar membawa pulang wang tunai RM100 berserta plak iringan dan e-sijil sementara Nur Iman Raudhah dan Amni Zahra, masing-masing membawa pulang wang tunai RM120 (sekolah rendah) dan RM150 (sekolah menengah) berserta plak iringan dan e-sijil.

Johan bagi setiap kategori yang dipertandingkan dijadualkan akan berentap untuk peringkat akhir Piala Ketua Wanita IKRAM yang dijangka akan berlangsung pada Februari depan.

Maklumat lanjut:
Pertandingan Bercerita (Sekolah Rendah Tahap Satu)
Johan: Syed Ahmad ‘Ammar Syed Ahmad Fakhrurozi, SRI Sri Al-Amin Bangi
Naib Johan: Muhammad Affan Qayyis Abdul Hadi, SRI Al-Amin Putra Mahkota
Tempat Ketiga: Nik Muhammad Al Fatih Nik Muhd Khairul Rijal, SRI Al-Amin Kuala Lumpur

Pertandingan Pidato (Sekolah Rendah Tahap Dua)
Johan: Nur Iman Raudhah Ikhmal Husin, SRI Al-Amin Cheras Selatan
Naib Johan: Mus’ab Khairul Haffiz, SRI Sri Al-Amin Bangi
Ketiga: Muhammad Aysar Mohd Nazren, SRI Al-Amin Putra Mahkota

Pertandingan Pidato (Sekolah Menengah)
Johan: Amni Zahra Shaiful Azli, SMI Sri Al-Amin Bangi
Naib Johan: Ain Farhana Azrul Hasni, Sek. Men. Agama Riyadatul A’mal
Tempat Ketiga: Kharun Nisa’ Muhammad Hafiz, SMI Al-Amin Gombak
Saguhati: Muhammad Imran Rayyan Era Erwan, SMI dan Tahfiz Quran Hira’ Jeram

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia