“Emylia dah solat?”

Aku menuju ke surau. Dari luar surau tidak kelihatan kasut yang sepatutnya ada.  

 

Sudah hampir dua minggu setiap kali selepas waktu balik, Emylia akan solat Asar di surau dan membuat kerja sekolahnya, sambil menunggu Acik Sarah membawanya pulang.

 

Tapi semalam kelibatnya tiada. Katanya, dia direhatkan asbab wabak Covid-19 yang melanda. Entah apa khabar Emylia di rumah. Aku terkenangkannya.

 

Emylia murid Tahun 3. Jika di rumah tiga tingkatnya, dia dan adik-beradiknya tinggal di tingkat 3, ibunya di tingkat 2 dan pembantu rumah di tingkat 1.

 

Sunyi! 

Aku difahamkan dia begitu sunyi di rumah sehinggakan dia terkantoi bermain game porno di rumah secara maya bersama rakannya. Dia yang mengajar rakannya dan ibu rakannya yang melaporkan pada guru kelas tentang perkara tersebut.

 

Dia selalu tidak siap kerja sekolah dan tidak fokus dalam kelas. Itulah maklum balas daripada guru-guru yang mengajarnya.

 

Mendengar ceritanya, hati aku tidak betah, mengenangkan dia budak comel dan masih mentah dalam mengenal baik buruknya dunia.

 

Sebelum tersasar jauh, aku memanggilnya. Tidak! Aku tidak mengorek tentang perbuatannya, tidak mahu dia menjauh.

 

“Emylia solat tak kat rumah?”

“Solat, tapi kadang-kadanglah.”

 

“Okay, cuba baca niat solat subuh. Cikgu nak dengar.”

Usalli..ermm..itu tak ingat sangat.”

 

“Zuhur?”

“Itu pun tak ingat sangat.”

Sehingga isyak, skrip jawapannya masih sama.

 

“Takpa, kalau macam tu Emylia hafal dulu niat solat lima waktu. Nanti cikgu nak dengar. Kalau boleh, cuba solat juga. Salah pun tak apa, yang penting buat dulu.Nanti sikit-sikit cikgu ajar.”

 

“Emylia ada telefon kan kat rumah? Gunakan untuk hafal apa yang cikgu suruh ya.”

Dia sekadar mengangguk.

 

إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ تَنْهَىٰ عَنِ ٱلْفَحْشَآءِ وَٱلْمُنكَرِ

Maksudnya: Sesungguhnya solat itu mencegah daripada  perkara keji dan mungkar. (Al-Ankabut: 45)

 

Aku cuma teringat akan petikan daripada ayat ini. 

Patutlah teori keibubapaan Islam sangat mementingkan solat sedari kecil. Solat, solat dan solat.

 

Umur 10 tahun belum wajib solat tapi sudah dibenarkan rotan kalau tidak tunaikan solat. Rupa-rupanya ‘solat’ itulah yang akan menjaga anak kita ke mana-mana mereka pergi nanti. Ini kerana, mustahil untuk kita  24 jam menjadi malaikat dan mengekori mereka.

 

Dari niat solat, doa iftitah sehingga bacaan tahiyat. Satu persatu aku memintanya hafal. Ya, dia memang budak bijak. Dalam sehari setiap yang aku suruh, dia boleh hafal dan baca dengan lancar.

 

Kerja sekolah? Katalah Matematik. Aku ingat aku nak ajarlah tunjuk dia sikit-sikit. Biar dia tahu ada orang yang ‘cara’ ke dia. Tapi aku tidak berkesempatan, sebab dia pandai selesaikan sendiri. Laju pula dia mencongak.

 

Begitu juga Sains, Pendidikan Islam dan Bahasa Melayu. Bahasa Inggeris jangan cakaplah, memang ‘makanan’ dia. Entah apalah alasannya tidak siap kerja sekolah di rumah selama ini.

 

Budak bijak, budak cantik, sayang kalau salah arah tujunya, salah pilih kawannya.

“Emylia, awak ni cantik tau, comel. Perangai awak pun mesti comel macam awak tau!”

Dia mengangguk sambil tersenyum sedikit. 

 

Ibu dan ayah Emylia baru sahaja berpisah. Ayahnya sibuk menguruskan perniagaannya. Ibunya pula sibuk bercantik-cantik dan mencantikkan dirinya. Menurut Acik Sarah, kurang pemantauan, perhatian dan kasih sayang barangkali yang menyebabkan Emylia terjebak dengan perkara sebegitu.

 

Kakaknya lebih kasihan. Peperiksaan UPSR dulunya merupakan calon pelajar harapan 6A. Namun keputusannya  berakhir dengan 1B dan berderet C, kecewa dan memberontak dengan apa yang berlaku.

 

Emylia masih kecil, hatinya masih lembut, masih boleh lentur dan menyerap kebaikan.

 

Ya! Memang bukan salah mereka. Barangkali dia mencari keseronokan dengan bermain game porno. Mujurlah dia masih kecil, jauh daripada gangguan ‘lawan jenis’. Jika dia sudah pandai mencari keseronokan pada makhluk ini? Allahu… Risau! Macam-macam persoalan yang bermain di mindaku.

 

Jumaat lepas, aku bagi hadiah pada Emylia atas kerajinannya menyiapkan kerja sekolahlah kononnya. Adalah sebatang pen yang dibeli di kedai Eco. Aku fikir anak orang kaya sepertinya tidak pandanglah hadiah sebegini. Ternyata sangkaanku salah. Ditilik-tilik pen itu sambil tersenyum manis. 

 

“Eh, saya pernah dapat ni.. dekat ‘dentist’..” katanya padaku.

Pandai pula dia menghargai pemberian tidak seberapaku itu. Teringat aku kata-kata Acik Sarah semasa kami berbincang tentangnya.

 

“Ruby tahu tak, lepas je Kak Sarah hantar dia balik, akak cakaplah macam ni kat dia. Babai Emylia, Acik Sarah love you! Punyalah dia senyum sampai ke telinga.” 

 

Allahu.

Tersentuh hati aku mendengarnya. Kasih sayang dan perhatian, mungkin itu yang dia sangat rindukan!

 

Hari ini aku pandang surau lagi. Kelibat Emylia masih tidak kelihatan lagi. Eh, rindu pula nak tanya dia, “Emylia dah solat? Hari ini  ada homework apa?”

 

Semoga Emylia baik-baik sahaja di rumah. Tuhan, lindungi Emylia daripada perkara yang tidak baik dan jadikan Emylia anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat. 

 

Ya, usah risau jika rumah kita tidaklah sebesar dan segah mana. Tetapi risaulah jika di dalamnya  tiada gurau senda, hilai tawa dan bersama-sama dalam aktiviti keluarga. 

 

Rumah perlu jadi syurga untuk anak-anak, tempat paling gembira dan tenang untuk mereka, supaya mereka tidak mencari ‘syurga’ di luar. Bimbang mereka terpijak ‘lubang-lubang neraka.’ yang lebih menghancurkan hidup mereka.

 

Siti Rabi’atul ‘Adawiyah S.Mohsain ialah seorang pendidik yang berasal dari Melaka. Beliau mula menceburi bidang penulisan sejak Disember 2019 dan telah menulis dalam beberapa buah buku antologi cerpen dan puisi.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia