Eksport Halal Negara Meningkat Hampir RM6 Bilion

SERI KEMBANGAN – Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebarang isu yang berkait dengan jaminan halal penting untuk ditangani dalam usaha mempromosikan industri halal kerana ia berisiko merosakkan imej halal yang diusahakan selama ini.

“Jaminan halal yang saya maksudkan ini merujuk kepada keyakinan pengguna, penyeragaman, pensijilan dan akreditasi,” kata beliau ketika berucap merasmikan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) ke-18 di sini pada Khamis.

Beliau berkata, kini terdapat lebih 8,000 syarikat di Malaysia diiktiraf halal dengan lebih 20 peratus daripadanya adalah syarikat pengeksport.

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut bekerjasama dengan badan pensijilan halal dari pelbagai negara untuk keseragaman piawaian dalam pematuhan kepada undang-undang syariah,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Lim Ban Hong berkata, eksport barangan halal pada 2021 meningkat 19 peratus kepada RM36.30 bilion berbanding RM30.50 bilion pada tahun sebelumnya. 

“Malaysia merupakan antara pengeluar utama barangan halal di pasaran antarabangsa,” katanya dalam ucapan alu-aluan pada majlis perasmian MIHAS ke-18.

Menurutnya, industri halal dijangka terus berkembang di rantau Asia Pasifik susulan daripada ratifikasi Malaysia ke atas perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) pada 18 Mac, 2022.

“Syarat perlu memiliki Sijil Tempasal untuk menikmati keistimewaan RCEP, seterusnya menarik bukan sahaja perdagangan, malah pelaburan di negara-negara anggota.”

RCEP merupakan perjanjian perdagangan bebas terbesar dunia yang merangkumi 15 negara dengan jumlah populasi melebihi 2.3 bilion atau sekitar satu pertiga daripada jumlah populasi dunia, katanya.

“Keahlian negara-negara besar serta negara maju dalam RCEP iaitu China, Jepun, Korea, Australia dan New Zealand serta ASEAN, menyediakan peluang keemasan dalam mempelbagaikan potensi halal,” katanya.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia