Econsave sumbang RM1.1 juta bangunkan semula sekolah anak yatim Gaza

Dua sekolah tersebut ialah Sekolah As-Solah dan Sekolah Siti Khadijah di Deir al-Balah, Gaza yang menempatkan kira-kira 1,700 orang pelajar anak yatim. 

Sumbangan disampaikan oleh En Mas Imran Adam, Pengurus Operasi Econsave kepada Prof. Madya Dr Mohd Zin Kandar, Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE merangkap Pengurus MyCARE Johor dalam satu majlis khas penyerahanan cek di Hotel M-Suite di sini.

Menurut Mas Imran, pihaknya masih memerlukan kira-kira RM1.4 juta bagi menampung kos keseluruhan projek membaik pulih kedua-dua sekolah terbabit dan beliau yakin jumlah itu dapat dikutip menjelang akhir 2017 melalui Tabung Palestin Aqsa Syarif MyCARE yang ditempatkan di semua 57 cawangan pasar raya itu di seluruh negara sejak awal 2015.

Dr Mohd Zin turut memuji inisiatif RS4G yang dijalankan dengan kerjasama Econsave yang menunjukkan keprihatinan terhadap nasib rakyat Palestin akibat keganasan rejim zionis Israel yang memuncak menerusi serangan peluru berpandu dan roket selama 50 hari di Gaza pada Julai 2014.

    

Kerja-kerja pembinaan semula sekolah sedang dijalankan

Serangan tersebut telah memusnahkan sejumlah 258 sekolah di mana 26 buah sekolah di Gaza ranap keseluruhannya dan 232 buah sekolah mengalami kerosakan teruk yang memerlukan pembaikan segera bagi memastikan pembelajaran 500,000 kanak-anak sekolah di Gaza dapat diteruskan. 

Sekolah-sekolah di Gaza yang masih terselamat dari serangan kini menghadapi kepadatan yang tinggi di mana bilik-bilik darjah di Gaza yang sememangnya sebelum ini menampung 45 pelajar setiap bilik, kini terpaksa menempatkan sehingga 75 pelajar.

Dianggarkan sejumlah USD33.5 juta (RM110juta) diperlukan untuk membangun dan membaik pulih sejumlah 258 buah sekolah, 119 tadika dan 11 IPT swasta dan awam disebabkan serangan rejim zionis Israel.

Turut musnah ialah bangunan Sekolah As-Solah dan sebahagian Sekolah Siti Khadijah yang kini dalam projek pembinaan semula yang sedang diusahakan oleh Econsave dan MyCARE di mana pembinaan tersebut sudah mencapai 30% kemajuan.

Semoga pembinaan semula ini memberikan kembali sinar harapan anak-anak yatim di sekolah ini untuk meneruskan pembelajaran, insya-Allah.

Foto majlis: http://bit.ly/2aKGstJ

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia