Econsave, MyCARE bantu madrasah tahfiz

Pengurus Besar Econsave, Sdr Mas Imran Adam dan Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Hj Kamarul Zaman Shaharul Anwar telah menyerahkan replika cek bantuan kepada Presiden Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al Quran (PINTA), Ustaz Mohd Zahid Mahmood, yang disaksikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Hjh Fuziah Salleh pada Selasa lalu.

Menurut beliau, kerajaan menyokong inisiatif Econsave dan MyCARE tersebut yang menyalurkan bantuan berbentuk kewangan dan peralatan mencegah kebakaran kepada madrasah tahfiz di Selangor, Kuala Lumpur serta seluruh negara.

“Saya sedia maklum dengan masalah dan cabaran-cabaran dihadapi madrasah tahfiz terutama yang tidak berdaftar. Disebabkan itu, inisiatif Econsave dan MyCARE perlu diberi sokongan termasuk daripada semua pihak supaya usaha mereka berjaya dilaksanakan,” katanya.

Dalam pada itu, Mas Imran berkata, pemberian bantuan berkenaan adalah supaya madrasah tahfiz dapat meningkatkan prasarana mereka khususnya berkaitan pencegahan kebakaran selain menaik taraf aspek pengurusan dan pentadbiran.

“Selain bantuan kewangan berjumlah RM2,000 kepada setiap madrasah tahfiz terlibat bagi menampung kos operasi, mereka juga menerima sumbangan peralatan mencegah kebakaran bernilai RM1,500,” katanya

Menerusi Projek Madrasah Impianku itu, sebanyak 187 madrasah tahfiz di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor telah menerima bantuan berkenaan.

Sumber: Bernama

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia