E-Wallet RM300 Untuk Dimenangi Di Pelancaran SBK 2022

E-Wallet RM300 Untuk Dimenangi Di Pelancaran SBK 2022 | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Kuiz dengan hadiah e-wallet terkumpul RM300 bakal memeriahkan Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan (SBK 2022) pada pagi esok, Sabtu.

Sambutan anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara dan NGO akan dirasmikan oleh Presiden IKRAM, Hj Badlishah Sham Baharin.

Selain itu, SBK 2022 akan diserikan dengan pelancaran lagu jingel ‘Teguh Bersama’ dan acara pelepasan Konvoi Amal Perpaduan dengan motosikal berkuasa tinggi oleh MyIKRAM Bikers ke Zon Utara.

Majlis pelancaran sambutan boleh disaksikan secara langsung pada jam 9.00 pagi esok di saluran YouTube TV IKRAM di pautan https://youtu.be/qyLEW6CKGHE atau di Facebook Pertubuhan IKRAM Malaysia.

Sambutan dengan pelbagai acara menarik ini telah bermula pada 1 Ogos dan berakhir pada 16 September ini dengan program kemuncak, Karnival Kita Anak Malaysia (KAMI) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur.

Untuk info lanjut perkembangan SBK 2022, sila layari https://linktr.ee/teguh_bersama

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia