Durian juga jadi mangsa

Akhir-akhir ini durian menjadi trending di media sosial. Ia bukan sahaja terkenal dengan kesedapannya dan harganya yang dikatakan ‘Yahudi,’ bahkan menjadi buah mulut kerana terpaksa menjadi mangsa politik yang tidak berbudi.

 

Wahai durian, kau tidak bersalah. Yang bersalah ialah mereka yang memakanmu secara berjemaah sekali gus tidak mematuhi SOP. Katanya video tahun lalu, akhirnya mengaku setelah banyak bukti.

 

Apa pun, bercakap benar amalan terpuji, itu lebih baik daripada menipu sampai ke mati dan diazab tidak terperi. Kita tidak tahu lagi apakah yang bersalah itu akan didakwa, atau tinggal siasat dan siasat, akhirnya terus sepi seperti kes beberapa menteri sebelum ini.

 

Durian, kau juga tidak bersalah apabila pokokmu ditebang. Yang bersalah ialah mereka yang membiarkanmu tumbuh berpuluh-puluh tahun, tidak berbuat apa-apa dan kemudian tiba-tiba ‘bangun daripada lena’ dan menebang pokokmu. Apa mimpi penebang, tidaklah penulis tahu, mungkin ada hantu yang mengganggu.

 

Kita tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi, ia perlukan penjelasan pihak berkuasa dan pekebun dengan lebih terperinci. Peliknya, jika tanah itu diceroboh secara haram telah sekian lama dan mendapat laba, kenapa baru sekarang hendak beraksi? Mungkinkah sudah kehabisan ‘duit cuci’ atau ia komplot rasisme terancang menyemarakkan api benci?

 

Kau tidak bersalah, durian, kerana hargamu yang dikatakan ‘Yahudi.’ Nak berbuah, makan berbulan-bulan pekebun menanti. Nak menjagamu pun amatlah susah; sensitif air, baja, cuaca dan macam-macam karenah. China pula importmu melimpah-limpah. Pengguna marhaen tidak tentu arah, hanya mampu tengok saja harga mencekik darah.

 

Kasihan, durian juga yang jadi mangsa. Kerana harga, pengguna rasa teraniaya. Kerana kuasa, kau seakan diperkuda. Kerana lazatnya, kau dijamah secara berjemaah sambil berbicara.

 

Yang pasti, dalam masyarakat kita ada yang berperangai seperti Yahudi. Berbohong sudah jadi seperti makanan ruji. Dulu cakap begitu, sekarang cakap begini. Bila ternyata menipu, dengan senang ‘delete’ di FB. Tapi jangan risau, netizen memang pakar ‘screenshot’ apa-apa hantaran kontroversi.

 

Politikus lebih-lebihlah lagi, ada yang manis lidah menawar janji. Apabila dapat kuasa, buat-buat tidak mengerti. Rakyat kibar bendera putih sebab terputus makanan macam nak mati, tapi masih ada yang sombong dan tidak peduli. Katanya cukup dengan berdoa, bendera putih ini ‘kering idea,’ hanya propaganda dan agenda politik parti.

 

Itu belum masuk yang mengikut perangai Yahudi seperti khianat dan mungkir janji. Konon nak mansuh PTPTN, tapi sudah jadi kerajaan, sikit pun tidak berbunyi. Skim pinjaman tanpa faedah untuk pembelian kereta juga sunyi sepi tidak jadi-jadi.

 

Sudah berapa kali PdPR, komputer riba percuma belum tiba seperti yang dijanji. Telefon bimbit yang diberi pula ‘cap ayam’ takut pelajar buang masa main ‘game’ yang diminati. Ada pula yang meletup semasa dicas akhirnya dapat ganti, padahal isunya adalah gajet yang tidak berkualiti.

 

Pandemik Covid-19 yang melanda masih tiada tanda untuk berhenti. Lepas satu varian, muncul pula varian lain yang lebih bahaya lagi. Walaupun darurat, kes tetap tinggi, ia seperti tidak dapat dikawal dan lemah strategi.

 

Tepuk dada tanya hati. Masyarakat wajar insafi diri, kita manusia punya kelemahan diri, masih belum menang walaupun dengan makhluk seni. Bagi yang Muslim, mohonlah ampunan dan berdoa memohon petunjuk Ilahi agar pandemik segera pergi.

 

Sang penguasa pula perlu pelbagaikan ikhtiar membendung pandemik dan membantu rakyat dengan kuasa yang dimiliki. Tanggungjawabnya amat berat, kerana di akhirat akan dipersoalkan nanti, sama ada amanah dan jujur berkhidmat, atau menipu rakyat dan mengkhianati janji.

[Minda Editor]

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia