Walhal jadualku padat sejak Khamis lagi. Pagi di Trolak. Jam 2 pm di pejabat meeting. Malam Forum Perdana bersama Dato Malik Nor dan Pengarah Film Sabree Fadzil, Selepas forum jam 11 pm terus ke Jengka. Sampai Jengka jam 2 am. Lepas subuh Khamis tu, bersama masyarakat Jengka sampai petang dari satu kampung ke satu kampung ingatkan mereka kepada Allah…. jam 5 pm bertolak ke KL. Ambil zaujah dan anak untuk mengimamkan solat hajat selepas isyak buat Dr Norlela yang “diuji Allah” kononnya “mildstroke“….
Bila free, aku tinggalkan stadium UKM kerana majlis belum bermula. Aku berhajat mengasingkan diri daripada manusia di masjid UKM sebentar. Rupanya ada daurah kitab tauhid lama yang disampaikan oleh seorang ustaz Tasauf. Ha ha ha ramai anak muda yang bersalaman dan mengenaliku terkejut aku duduk mendengar ceramah itu. Mereka, aku yakin “gang2 harakah” yang kehausan suntikan kerohanian seperti aku sendiri.
Aku rasakan aku dibukakan dengan alam ilmu yang tentunya sebahagiannya aku tahu dan sebahagiannya aku masih jahil. Banyak tafsir yang akan aku bongkar selepas satu jam bersama majlis itu. Aku teringat kisah Musa r.a dan Khidir r.a yang kita ulang sekurang-kurangnya 1 kali seminggu. Ada YDP IKRAM luar Selangor yang ulang surah Kahfi setiap hari….
Seperti biasa sms dan whatsapp serta email sambung-menyambung di Iphoneku. Dua ikhwah; seorang murabbi dan seorang mutarabbi dimaklumkan kritikal di hospital. Aku syukur punya masa pagi itu untuk menziarahi 2 hospital. Telahku rancang dan atur sahabat yang akan tolong panduku ke 2 lokasi itu. Namun hatiku lebih berat untuk kekal di masjid membaca yasin beberapa kali buat kedua insan mulia itu agar “mudah perjalanan” mereka.
Aku terpaksa bergegas ke stadium juga, untuk tunjuk sokongan YDP Negeri ke majlis sukan al-Amin Bangi. K Wanita IKRAM Selangor melaporkan perpindahan salah seorang murabbi dan guru ke alam abadi. Aku kekok berbual dengan pimpinan Kajang yang merupakan rakan usrahku yang sentiasa mendorongku untuk terus maju dalam harakah ini.
Hatiku teringat kelembutan Akh Jusri yang membelaiku di Shah Alam ketika aku masih hingusan di KIK. Kami bertamrin di sana. Ketika bermuayasyah semasa tamrin, beliau sambil membaca akhbar. Sempat U Shahrom Abu Hasan menegur beliau kerana tidak memberi perhatian kepada kami. Abang-abang murabbiku yang lain Dr Fauzi Yusof, Akh Murhalim dan lainnya terseyum manis buat kami mutarabbi mereka. U Haris Bain, Ustaz Samsul Maarif dll tidak aku pasti, masihkah terasa hangat belaian abang-abang kita yang membelai kita tempoh hari.
Asar semalam aku terpaku mengimamkan solat jenazah buat guruku itu…. Almarhum menyambutku di JB sekembalinya aku dari Jordan menjadi Tutor di UTM. Kami bekerja sebagai Ansar Allah di Johor. Aku pada masa itu sudah jadi pimpinan Johor membelainya pula disamping dia terus membelaiku.
Kami pernah mengiringi tetamu Palestin dari Jordan. Aku penterjemah dan beliau protokol, kami bermusafir sampai KL. Dia belanja kami buka puasa buffet di hotel, kali pertama dalam hidupku. Kami juga pernah bermusafir dengan almarhum sampai ke Terengganu.
Selepas menyaksikan jasad guruku itu ditimbus tanah, fizikalku memang mengajak berehat dan mengurus rumah yang aku idamkan untuk membelinya di Bangi Lama. whatsapp, email dan sms membawa berita kedua pula.
Seorang mutarabbi yang pernah mendengar ceramah2ku; beliau juga pernah menjadi murabbi anakandaku Abdullah Mursyid Hasanuddin, pergi meninggalkan aku. Ada berita dah selesai ke Taiping jenazahnya. Aku tidak percaya…Kerana aku terasa seperti berjanji dengannya akan aku belai jasadnya buat kali terakhir ketika aku membaca yasin sambil mendengar kulaih tasauf di UKM pagi tadi.
Sesampai di HUKM aku ke surau tingkat 1, namun seorang sahabat mengiringi aku ke bilik mayat. Tercungap kami mencari-cari bilik mayat sambil kami berzikir ingin melepaskan dendam rindu kepada anakanda yang pergi lebih dulu dari kami…..Aku pasti dan yakin almarhum ini lebih mulia dari aku.
Ternyata Sang Maha Pengatur memita aku sekali lagi berdiri terpacak mengimamkan solat buat anakanda ini. Aku pastikan YDP H.Langat akan mengurus kebajikan urusan van jenazah akh mulia ini ditanggung oleh organisasi Jemaah tercinta bernama IKRAM. 26 ikhwah dalam 6 kereta mengiringi jenazah.
Bilakah Allah akan mengambil aku pula?…..Sebelum kita berbual dengan mungkar dan nangkir marilah kita bertahjud berbual dengan Tuhan kedua Malaikat ini….
Tahun 2020 semakin hampir. Apakah pengurusan minda dan amal kita memadai untuk zaman itu.
حـسـن الـديـن مـحـمـد يـونـس
Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus
YDP Pertubuhan IKRAM Malaysia, Negeri Selangor