Dua produk IKRAM-MUSLEH raih pingat emas Ekspo Antarabangsa

Program ini dianjurkan oleh Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara (ACIS UiTM) dengan  kerjasama Communities of Research (CORE), Research Management Institute (RMI), UiTM dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pasukan IKRAM-MUSLEH telah membentangkan dua produk iaitu Modul Pentaksiran Konstruk Pelajar IKRAM-MUSLEH (PKPIM) yang diketuai oleh Dr Azma Mahmood dan Modul Kadet Remaja Sekolah Musleh (KRSM) yang diketuai oleh Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor.

Program ini disertai oleh 143 peserta dari sekolah-sekolah, IPTS, IPTA dan industri seluruh negara. Hadiah-hadiah disampaikan oleh wakil Naib Cancelor UiTM iaitu Prof Dr Hadariah Baharum, Penolong Naib Canselor (RMI) UiTM.


Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pertubuhan IKRAM Malaysia, Profesor Dr Omar Bin Yaakob, pengiktirafan peringkat antarabangsa ini membuktikan  keupayaan IKRAM-MUSLEH untuk menjana inovasi di dalam sistem pendidikan Islam.

“Kejayaan ini menunjukkan produk-produk yang dibangunkan oleh tenaga pakar IKRAM-MUSLEH ini relevan dan inovatif,” tegasnya.

Modul Pentaksiran Konstruk Pelajar IKRAM-MUSLEH (PKPIM) merupakan sistem penilaian pelajar berasaskan pentaksiran holistik dan ‘assessment for learning’.

Ia berupaya meningkatkan kemampuan pelajar secara keseluruhan dan berterusan sehingga mereka menghayati ciri-ciri tersebut.

Pendekatan holistik ini bertujuan untuk melahirkan murid cemerlang yang seimbang.

Sementara itu Modul Kadet Remaja Sekolah Musleh (KRSM) pula adalah produk sistematik meningkatkan penghayatan sahsiah muslim dan kemampuan kepimpinan melalui badan beruniform.

 

Sumber: http://sciiid.uitm.edu.my/

FB IKRAM-MUSLEH: http://on.fb.me/1vrLJM0

FB KRS Musleh: http://on.fb.me/1purZru

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia