Dua konsep nurseri tersebut ialah:
1. Nurseri mengikut Pakej Anak
Satu ruang nurseri di mana setiap anak akan dikumpulkan untuk bersama dengan fasilitator daripada Q-Kids Mobile Nursery. Fasilitator ini akan bertugas mengendalikan penjagaan dan aktiviti anak-anak yang telah didaftarkan.
Terdapat dua pakej untuk konsep ini iaitu:
i. Pakej BabyCare (2 tahun ke bawah) – Untuk penjagaan sahaja dan makanan bayi tidak disediakan. Yuran sebanyak RM35.00 dikenakan.
ii. Pakej Khalifah (2 tahun ke atas sehingga 12 tahun) – Untuk penjagaan, aktiviti dan makanan tengahari. Yuran sebanyak RM30.00 dikenakan.
2. Ruang Keluarga Rahmah (RKR)
Ruangan ini bercorak ‘Children Friendly Approach’ di mana ruang untuk ibu bapa (terutamanya ibu) disediakan agar dapat bersama dengan anak-anak di samping mendapat pengisian program secara live streaming.
Penjagaan dan keselamatan anak-anak adalah di bawah tanggunjawab ibu bapa sepanjang program berlangsung. Tag pengenalan disediakan, makanan tidak disediakan. Yuran sebanyak RM2.00 dikenakan untuk anak yang berumur 2 tahun ke atas.
Dengan jangkaan hampir 200 orang kanak-kanak akan menyerikan PTI 2015dan KMS 2015, pastinya kerjasama daripada ibu bapa adalah sangat-sangat diperlukan untuk bersama-sama menjayakan perlaksanaan nurseri semasa kedua-dua program ini nanti.
Ibu bapa yang ingin menggunakan perkhidmatan tersebut wajib mendaftar sebelum program pada link berikut:
1. Pendaftaran Nurseri dan RKR untuk PTI 2015 > bit.ly/nurseri_pti | E-mel: nurseri.pti@gmail.com
2. Pendaftaran Nurseri dan RKR untuk KMS 2015 > bit.ly/nurseri_kms | E-mel: nurseri.kms@gmail.com
Pendaftaran untuk tempahan nurseri anak-anak ini adalah sangat penting supaya pihak Q-Kids Mobile Nursery dan Jawatankuasa Nurseri dapat menyediakan bilangan petugas yang sewajarnya untuk anak-anak serta pengurusan tempat dan keseluruhan perlaksanaan nurseri nanti.
Tarikh tutup pendaftaran adalah pada Jumaat, 16 Oktober 2015. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Idayu (019-2273 155) atau Fauhan (019-5147 637).