Penerima dos penggalak lepasi 15 juta

SERI KEMBANGAN – Seramai 15,017,166 individu dewasa atau 63.8 peratus daripada populasi kumpulan itu telah menerima dos penggalak Covid-19 di negara ini, sehingga Ahad.

 

Menurut CovidNow, sejumlah 22,927,624 atau 97.4 peratus daripada populasi sama telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 23,204,433 atau 98.6 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

 

Manakala, populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, sebanyak 1,026,732 individu atau 28.9 peratus kumpulan itu telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

 

Sementara itu, bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,831,197 individu atau 91 peratus daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,931,709 atau 94.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

 

Vaksinasi harian pada Ahad menyaksikan sebanyak 57,106 dos vaksin diberikan meliputi 24,342 dos pertama, 882 dos kedua dan 31,882 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 67,731,132.

 

Menerusi portal GitHub Kementerian Kesihatan, 55 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan pada Ahad dengan Kedah merekodkan angka tertinggi iaitu 12 kes.

 

Seterusnya, Pulau Pinang dengan lapan kes, Johor (7), Terengganu (6), Kelantan (5), masing-masing empat kes di Perak dan Selangor, dua kes masing-masing di Melaka, Negeri Sembilan dan Perlis serta satu kes direkodkan masing-masing di Pahang, Sabah dan Sarawak. 

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia