Doa munajat di medan Rabi’ah al-Adawiyyah

Ya Allah, jadilah Engkau untuk kami, jangan jadi ke atas kami. Tolonglah kami, jangan tolong ke atas kami, jadikanlah kekalahan menimpa orang yang zalim ke atas kami. Rancanglah untuk kami, jangan rancang ke atas kami. Selamatkan kami, jangan serahkan kami. Kecewakan mereka, jangan kecewakan kami. Pertahankan kami, jangan serahkan kami. Jangan jadikan kami berputus asa dari rahmat-Mu. Rahmatilah kami dengan rahmat dari sisi-Mu supaya kami tidak mengharap apa-apa rahmat dari selain-Mu.

Ya Allah, kami hanya serahkan kepada-Mu perampas kuasa yang telah menumpahkan darah kami, membunuh saudara dan saudari kami dan menjadikan negeri kami sempit ke atas kami. Kami serahkan kepada-Mu pengkhianat yang memungkiri janji. Lakukan terhadap mereka apa yang telah Engkau lakukan terhadap kaum ‘Aad dan Tsamud. Kami serahkan kepada-Mu penjahat yang membunuh orang yang sedang rukuk dan sujud. Kami serahkan kepada-Mu orang yang menghalalkan darah orang yang tidak berdosa, yang berhimpun secara aman. Ya Allah, turunkan ke atas mereka balasan-Mu yang tidak boleh dihalang dari menimpa kaum yang berdosa.

Ya Allah, andainya apa yang dilakukan oleh as-Sisi dan kuncu-kuncunya, khianat, menumpahkan darah, Engkau tidak redha, maka jadikanlah perancangan jahat mereka menimpa diri mereka, jadilah lingkungan kejahatan membelenggu mereka, isilah hati mereka dengan kegerunan, goncanglah bumi di bawah tapak kaki mereka, datangkan balasan-Mu dari arah yang mereka tidak duga. Hilanglah kemungkaran mereka dengan segera, tindakan mereka hancur lebur dan rampasan kuasa mereka berakhir segera.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar! Allah lebih hebat, lebih agung daripada apa yang kami takut dan kami gentar. Ya Allah kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan perampas kuasa yang menumpahkan darah. Kami letak Engkau di atas tengkuk mereka, kami mohon pertolongan-Mu dalam menghadapi mereka. Kami berlindung dengan-Mu Yang memegang langit sehingga tidak menimpa bumi kecuali dengan izin-Mu, kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan hamba-Mu Abdul Fattah as-Sisi, Muhammad Ibrahim dan pembantu-pembantu mereka,  pendokong-pendokong mereka dari kalangan jin dan manusia. Janganlah mereka melampau batas ke atas kami atau menzalimi kami. Maha Suci Nama-Mu, tiada Tuhan selain-Mu.

Ya Allah, apa yang Engkau turunkan ke atas hambaMu, kebaikan, keberkatan, pertolongan, kejayaan dan keampunan, maka jadikanlah ianya turun ke atas kami dan saudara-saudara kami sebanyak-banyaknya. Dan apa yang Engkau turunkan dari segi kejahatan, bencana, fitnah, peliharalah kami daripada itu dan saudara-saudara kami yang soleh. Elakkan daripada kami dengan kurnia-Mu wahai Yang Maha Pemurah. Peliharalah negeri kami dalam aman dan sejahtera Ya Rabbal ‘Alamin.

Ya Allah, campakkanlah rahmat-Mu ke dalam hati para pengawal, tentera dan polis supaya mereka kasihan kepada saudara mereka, warganegara ini. Tahanlah kejahatan mereka daripada terkena ke atas orang yang berhimpun. Jadikanlah kejahatan mereka terkena ke atas orang jahat dan membuat kerosakan. Tahanlah kejahatan setengah orang Mesir dari menimpa setengah yang lain. Jadikan mereka bersatu padu untuk mendokong kebenaran dan agama ini. Kami serahkan kepada-Mu Ya Allah, semua orang yang melindungi perampas kuasa, atau menuruti kehendak mereka.

Ya Allah, peliharalah Mesir dan rakyatnya dengan keberkatan-Mu, perlindungan-Mu, dan mata-Mu yang tak pernah tidur. Jadilah Engkau Pelindung dan Penjaga daripada kejahatan dan tipu daya puak yang jahat dan berdosa. Bantulah rakyat Mesir untuk mengangkat kebenaran, mengembalikan syar’iyyah dan menolong agama.

Ya Allah, sesungguhnya perampas telah bermaharajalela di negeri ini. Mereka telah banyak melakukan kerosakan, membunuh orang yang tidak berdosa, mengunci mulut-mulut, memerangi orang yang mulia, memenjara orang yang amanah, mereka cerita bohong mengenai orang yang benar, menculik Presiden kami, menakut-nakuntukan anak-anak dan wanita-wanita kami. Maka balaslah mereka bagi pihak orang yang dizalimi. Kalahkan mereka bagi pihak balu-balu, anak-anak yatim, dan orang-orang yang cedera. Gerunkan mereka, takutkan mereka sebagaimana mereka menggerunkan dan menakutkan orang-orang yang berada dalam aman. Balaslah perbuatan mereka bagi pihak syuhada’, timpakan ke atas mereka azab, bersihkan negeri ini daripada kejahatan mereka, peliharalah hamba-Mu dari tipu daya mereka.

Ya Allah, sesungguhnya perampas kuasa yang khianat menggunakan kekerasan dan senjata yang ada di tangan mereka, mereka menggunakan musuh-musuh bangsa dan membiarkan musuh-musuh membunuh tak kira kecil atau besar. Sesungguhnya kami mohon pertolongan-Mu menentang mereka dan orang-orang yang berada di belakang mereka. Kami serahkan urusan kami kepada-Mu yang Maha Melihat urusan hamba-Mu. Cukuplah Engkau untuk kami dan Engkau sebaik-baik penolong. Kami mohon kepada-Mu agar jangan biarkan mereka mengangkat bendera kemenangan, jangan realisasikan matlamat mereka, jangan jadikan mereka ikutan kepada manusia. Sesungguhnya mereka tidak dapat lari daripada-Mu di bumi dan di langit.

Ya Allah, sesungguhnya tidak keluar kecuali untuk mencari redha-Mu, menolong kebenaran, berusaha untuk kemuliaan negeri kami, membebaskan tanah air kami, meninggirkan agama-Mu. Maka tolonglah kami dengan pertolongan yang benar-benar mantap. Berilah kemenangan kepada kami, kemenangan yang nyata, tunjuklah kami jalan yang lurus, kurniakan kami kemenangan yang dekat dan cepat tanpa lambat dan tertunda. Rahmatilah kami dengan rahmat dari sisiMu, supaya kami tidak berhajat kepada rahmat selain-Mu. Jadikan Mesir dan ahlinya berada di bawah jaminan-Mu, keamanan-Mu dan kebaikan-Mu.

Ya Allah, terimalah ribat kami, jihad kami dan amal soleh kami. Ampunilah dosa kami dan kegelinciran kami, peliaharalah kami apa yang masih berbaki daripada usia kami. Teguhkan tapak kaki kami di atas kebenaran, penuhkan hati kami dengan keyakinan dan kepercayaan kepadaMu. Pulangkan kepada kami Presiden kami dalam keadaan menang. Tolaklah serangan musuh yang dihalakan kepada kami, negeri kami dan tsaurah kami, tolaklah kezaliman perampas yang kejam dan angkuh. Jangan Engkau biarkan orang zalim menguasai kami, jangan biarkan pengkhianat memerintah kami, jangan biarkan perosak menindas kami.

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun. Engkau suka memberi ampun, maka ampunilah kami. Terimalah daripada kami, redhailah kami. Akhirkanlah Ramadhan ini dengan keampunanMu untuk kami, bebaskan kami daripada api neraka. Jadikan hari raya ini dua hari raya untuk kami, ‘Idulfitri dan ‘Idulhurriyyah wannasri (hari raya kebebasan dan kemenangan). Tulislah untuk kami pahala yang besar pada malam ini, malam yang Engkau sifatkan “sejahtera malam itu sehingga terbit fajar”. Dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

Suntingan daripada blog: http://zaadut-taqwa.blogspot.com/2013/08/doa-lailatul-qadar-dari-medan-rabiah-al.html

Sumber asal: http://ikhwanonline.net/Article.aspx?ArtID=158812&SecID=360

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia