Do not judge a book by its cover

“Dalam kereta sana ada dua kawan aku dari pegawai polis.”

 

Saya tergamam. Sepatutnya saya yang buat laporan polis sebab Ali tidak menjelaskan baki hutang van yang dibeli daripada saya. Atas kesilapan saya mempercayai beliau kerana tinggal tidak jauh pun, saya menyerahkan geran van saya pada beliau untuk memudahkan urusan.

 

Harga jualan RM3,000 sahaja. Dia baru bayar RM1,500. Van telah diubah suai, namun baki duitnya amat liat untuk dijelaskan. Pelbagai alasan yang diberikannya. Akhirnya saya menggertak untuk membuat laporan polis. Itu yang dia menggelabah untuk bertemu dengan saya pada awal bulan Syawal (hampir 20 tahun yang lepas).

 

Ikhlas saya katakan, saya tidak biasa bertengkar atau bergaduh dengan orang. Lebih-lebih lagi setelah bertahun terlibat dengan kerja-kerja dakwah dan kebajikan ini, hendak bertengkar atau bergaduh dalam isu-isu yang berkaitan dengan dunia ni, rasa macam tidak berbaloi. Teringat ayat Allah daripada Surah al-Furqan, ayat 63 yang bermaksud:

 

“Adapun hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih itu adalah orang-orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang bodoh menyapa mereka (dengan kata-kata yang menghina), mereka mengucapkan – salam.”

 

Macam-macam kata kesat yang dikeluarkan kepada saya, namun alhamdulillah, pada ketika itu saya mampu bersabar dan melihat beliau dengan pandangan simpati bukan marah. Isteri saya ada di sebelah.

 

Ada beberapa pelajar universiti tempatan berada di situ, tapi mereka tidak mahu masuk campur. Lokasinya di satu gerai burger pada waktu lebih kurang 10.00 malam. Saya tidak berupaya untuk menjawab. Dia begitu marah sekali.

 

Dengan bersahaja, saya mengajak beliau ke tepi jalan, jauh sikit dari lokasi tadi. Sambil menepuk belakang beliau dengan sopan, saya berjalan dengan beliau ke tepi jalan. Saya ajak beliau duduk sebentar di tepi longkang besar. Tiba-tiba sesuatu yang ajaib berlaku. Dia tiba-tiba tenteram. Tiba-tiba dia jadi manusia waras semula.

 

“Sebenarnya encik Hisham, bla bla…” Dia meluahkan permasalahan beliau pada saya dengan nada seolah-olah budak kecil yang perlukan perhatian. Dia menagih simpati agar dapat menjelaskan hutangnya pada satu waktu tertentu. Saya teringat hadis nabi yang bermaksud:

 

“Jika salah seorang antara kamu marah sedang pada saat itu dia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah dia duduk. Namun jika tidak hilang juga marahnya, maka hendaklah dia berbaring.” (Hadis Riwayat Abu Dawud)

 

Sungguh benar sabda Rasulullah Sallallahualaihiwasallam (SAW). Saya memanjatkan kesyukuran pada Allah kerana pada ketika itu saya boleh bertenang dan teringatkan hadis nabi tersebut. Tidak boleh dibayangkan apa akan terjadi jika saya juga marah pada ketika itu. Syaitan pasti akan bertepuk tangan dan bersorak riang.

 

Pernah ada satu ketika, saya membantu seorang hamba Allah yang di datangi penarik kereta, Arumugam namanya (bukan nama sebenar). Saya memberanikan diri menaiki kereta bersama Arumugam. Badannya besar dan mempunyai anting-anting di telinganya. Kami ke ATM berdekatan untuk membayar sejumlah wang tunggakan untuk diserahkan pada Arumugam agar kereta tidak ditarik.

 

Dalam perjalanan ke mesen ATM, saya bersembang dengan Arumugam. Saya bertanyakan pengalaman kerja beliau dalam menarik kereta. Arumugam seronok menceritakan pengalamannya. Seperti biasa saya akan gunakan teknik active listening (mendengar secara aktif) dan membayangkan beliau adalah orang yang penting. Akhirnya Arumugam membuat satu pengakuan.

 

“Tuan… Kalau saya jumpa ramai orang macam tuan, senang hidup saya. Tak perlu gaduh dan tak perlu bertengkar.”

 

Saya tersenyum. Saya memang meyakini prinsip good finders – Mencari kebaikan dalam setiap orang. Saya juga tidak amalkan – Judging a book by its cover – menilai seseorang atau sesuatu situasi secara lahiriah sahaja. Saya juga amalkan – suspend judgement – menangguhkan hukuman, bukan cepat menghukum.

 

Masya-Allah, semua bahan kursus yang saya ajarkan pada peserta kursus dapat saya hayati dalam kehidupan yang fana ini, alhamdulillah. Pengalaman itu juga saya jadikan bahan contoh pada kursus pada masa mendatang.

 

Daripada Yahya bin Watsab, daripada seorang syeikh salah seorang sahabat Rasulullah, daripada Nabi SAW, baginda bersabda, “Jika seorang Muslim bergaul (berinteraksi sosial) dengan orang lain dan bersabar atas gangguan mereka, adalah lebih baik daripada seorang Muslim yang tidak bergaul (tidak berinteraksi sosial) dengan orang lain dan tidak bersabar atas gangguan mereka.” Ibnu Abi Adi berkata, Syu’bah berpendapat syeikh itu adalah Ibnu Umar. (HR Tirmidzi No. 2431 | Hadis Sahih)

 

Ini adalah kisah yang benar-benar berlaku dalam kehidupan saya.

 

Dr Hishamuddin Alham
Pesara Pensyarah UTM Skudai

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia