Dilema Jalan Palestin

Pelbagai nama jalan yang menarik ada di negara kita. Ada nama tokoh pejuang negara, tokoh pemimpin, nama negeri juga negara, angka, nama bunga dan sebagainya. Dengan bermacam-macam nama itu, ia menampakkan negara ini sebuah negara yang unik.

 

Baru-baru ini Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan bersama Duta Besar Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali telah menyempurnakan perasmian nama Jalan Palestin, di ibu kota Kuala Lumpur yang mana sebelum ini dinamakan Jalan Raja Laut 1.

 

Banyak suara-suara kedengaran daripada rakyat Malaysia dari sisi pandang positif dan tetap juga wujud sebaliknya. Namun, jika dilihat pada sisi rasionalnya, ia sesuatu yang wajar diraikan dan tanda sebuah persaudaraan antara negara Malaysia dengan Palestin.

 

Bukannya semua jalan Raja Laut itu bertukar nama, hanya Jalan Raja Laut 1 sahaja yang diubah kepada Jalan Palestin. Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa bukan semua Jalan Raja Laut bertukar nama. Maka timbullah rasa tidak senang daripada pelbagai pihak.

 

Jalan Raja Laut 1

Bukanlah kerana pertukaran nama itu menjejaskan sejarah yang ada pada jalan tersebut sebagaimana ramai yang mengecam dan mengatakan agar mengenang kembali sejarah bersesuaian dengan nama jalan itu sendiri.

 

“Kita masih ada Jalan Cochrane dan Jalan Conlay (yang juga nama penasihat British) untuk dipertimbangkan, Jalan Esfahan (entah kenapa daerah di Iran ini dipilih) dan beberapa jalan bukan utama yang lain jika mahu,” kata Puan Nur Azura Kamarudin Ozata menerusi status Facebooknya.

 

Menurutnya, beliau suka Palestin diangkat namun, mengapa gantikan Jalan Raja Laut? Raja Laut pernah menjadi Penghulu Kuala Lumpur. “Bukankah sejarah itu signifikan untuk diabadikan?” soalnya.

 

“DBKL kenapa perlu tukar nama Jalan Raja Laut. Saya tak bantah kalau nak wujudkan Jalan Palestin. Tapi kenapa tukar dengan Jalan Raja Laut? Kenapa tidak tukarkan Jalan Gurney kepada Jalan Palestin?” kata Hairi Hamdan.

 

Raja Laut ujarnya, mempunyai jasa yang besar kepada negara. Beliau juga bekas Majistret di Kuala Lumpur yang menubuhkan sekolah Raja Laut sedangkan Henry Gurney adalah penjajah dan pernah berkhidmat di Palestin untuk British yang menerapkan cara pemerintahan British.

 

“Saya sokong kita bersoladiriti untuk Palestin, tapi hapuskan nama penjajah bukan nama orang yang banyak jasa,” demikian kata Hairi.

 

Tidak wajar dipolitikkan

Namun, pada sisi lain masih ramai rakyat yang menyokong penukaran nama tersebut tanpa mempersoalkan nama sebelumnya kerana nama jalan yang ditukar itu bukanlah keseluruhan nama jalan Raja Laut tetapi hanya Jalan Raja Laut 1 sahaja.

 

Syed Abdullah Mutalib Al-Attas menerusi status Facebooknya berkata:

“Nasib aku tak jadi bodoh ikut netizen kecam pasal penukaran nama Jalan Raja Laut 1 ni kepada Jalan Palestin. Semalaman aku buat research pasal ni, sebab aku tak percaya. Takkan la kita bodoh sangat nak tukar nama Jalan Raja Laut yang bersejarah ni kan?”

 

Beliau menambah, untuk pengetahuan semua, jalan yang di tukar nama itu terletak di sebelah bangunan KWSP.

 

“Kalau dalam Google nama jalan itu ialah Jalan Bunus. Namun jika dilihat dekat gambar, nama betulnya ialah Jalan Raja Laut 1. Inilah jalan yang diubah kepada Jalan Palestin. Bukan jalan utama Raja Laut itu.”

 

Dalam pada itu, ramai yang menjadikan isu ini sebagai isu politik. Namun, suara-suara itu tentunya akan menaikkan lagi nama Jalan Palestin yang baru dijenamakan semula daripada Jalan Raja Laut 1 ini.

 

Isu kemanusiaan merentasi kaum dan agama

Berbeza dengan pandangan seorang yang bukan Islam, Teo Ann Siang mengenai penukaran nama ini.

 

“Pada pendapat saya, menamakan ‘Jalan Palestin’ adalah langkah pertama mendidik masyarakat tentang isu kemanusiaan merentasi halangan kaum dan agama.”

 

“Selepas itu, langkah atau polisi mendidik kisah kemanusiaan mengenai Palestin atau Rohingya hendaklah digalakkan dalam sistem pendidikan negara secara formal serta menyokong penganjuran aktiviti mengenai kemanusiaan di tempat awam.”

 

Menurutnya, beliau tidak pasti kewujudan ‘Jalan Palestin’ di mana-mana negara Islam, namun tindakan ini seharusnya menjadi kebanggan rakyat Malaysia.

 

“Biarlah sokongan kepada Palestin bukan bertumpu dengan slogan dan sumbangan duit sahaja.”

 

Beliau juga turut menyatakan rasa sedihnya kerana ramai yang kurang maklumat serta menyatakan kenyataan yang kurang tepat dan tidak bertanggungjawab.

 

“Isu Jalan Palestin ini telah dipergunakan serta dipermainkan oleh pihak yang memiliki niat yang kurang baik untuk mencapai agenda politik yang berkenaan.”

 

Beliau juga turut mengingatkan bahawa Jalan Raja Laut berlainan dengan Jalan Raja Laut 1 atau dikenali sebagai Jalan Gombak. Jalan Raja Laut 1 terletak di sisi bangunan KWSP dan berakhir di Jalan Esfahan (bersebelahan SOGO).

 

Ann Siang turut menyatakan rasa amat sedih dengan pihak yang mempergunakan isu ini serta memburukkan pergerakan yang menegak kasihan kepada umat Palestin.

 

“Satu jalan kecil di tengah-tengah ibu kota mengingatkan kita ada tanah barakah yang perlu dibela. Satu hari nanti ia akan bebas dan jalan itu adalah testimoni kecintaan kita kepadanya,” ujar seorang pensyarah yang juga Pengerusi MyCARE, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor.

 

Begitulah pelbagai tanggapan yang dizahirkan rakyat Malaysia. Namun secara realitinya, ia perlu ditanggapi dengan sebaiknya.

 

Dalam satu kenyataan, Unit Media Jabatan Perancangan Korporat DBKL memaklumkan bahawa cadangan mewujudkan Jalan Palestin di Kuala Lumpur itu tercetus semasa Majlis Himpunan Hari al-Quds Sedunia yang diadakan di Dataran DBKL pada 26 hingga 31 Mei 2019.

 

Kenyataan itu turut memaklumkan dalam perhimpunan tersebut, Kementerian Wilayah Persekutuan memohon kepada pihak DBKL untuk menamakan sebatang jalan di Kuala Lumpur sebagai Jalan Palestin.

 

Ayuhlah kita sokong inisiatif baik DBKL ini agar ia mampu mengingatkan kita kepada saudara-saudara kita di Palestin. Paling tidak, apabila kita melalui Jalan Palestin, kita mendoakan kejayaan perjuangan pembebasan tanah yang diberkati ini, insya-Allah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia