Di sebalik pahala ada ‘suka’, di sebalik syurga ada ‘reda’

Slide1 copy
Tiada siapa boleh mewajibkan Allah memberi pahala dan syurga. Boleh jadi suatu amalan berpahala sepatutnya, tetapi berdosa kerana Allah tidak suka. Contohnya kita menderma tetapi niat di hati menanti apa orang akan kata. Begitulah, ada amalan yang membawa ke syurga sepatutnya, sebaliknya mengheret kita ke neraka kerana Allah tidak reda.
Rasulullah sudah mengingatkan: “Orang terawal yang akan diadili ialah seorang yang mati syahid. Allah memperlihatkan kurniaan yang pernah diberikan kepadanya.
Allah bertanya: Apakah yang kamu lakukan dengan nikmat-nikmat tersebut?’
 
‘Aku berperang di jalan-Mu sehingga aku gugur sebagai syahid.’
‘Kamu tipu! Kamu berperang supaya kamu dipanggil wira. Dan gelaran itu telah diberikan.’
Lalu Allah memerintahkan dia dibawa pergi dengan wajahnya terseret sampailah dia dilemparkan ke dalam neraka.
Kemudiannya seorang yang menuntut ilmu dan mengajarkannya serta membaca al-Quran. Allah mem perlihatkan kurniaan yang pernah diberikan kepadanya.
“Apakah yang kamu lakukan dengan nikmat tersebut?’
Aku belajar ilmu dan mengajarkannya serta membaca al-Quran kerana-Mu.’
‘Kamu tipu! Kamu belajar ilmu supaya dipanggil orang alim dan kamu membaca al-Quran supaya disebut qari. Dan gelaran itu telah diberikan.’
Lalu Allah memerintahkan dia dibawa pergi dengan wajahnya terseret sampailah dia dilemparkan ke dalam neraka.
 
Kemudiannya seseorang yang diberikan Allah kemewahan kepadanya. Allah memperlihatkan kurniaan yang pernah diberikan kepadanya.
‘Apakah yang kamu lakukan dengan nikmat tersebut?’
‘Tidak ada satu jalan (kebaikan) pun yang Engkau sukai melainkan aku menyedekahkan harta pada semua jalan tersebut.’
‘Kamu tipu! Kamu melakukannya supaya dipanggil dermawan. Dan gelaran itu telah diberikan.’
Lalu Allah memerintahkan dia dibawa pergi dengan wajahnya terseret sampailah dia dilemparkan ke dalam neraka.” (Riwayat Muslim)
Selain sum’ah seperti dalam sabda Nabi, syirik, riyak, takbur dan banyak lagi perkara yang boleh membuang suka dan reda Allah pada amalan syurga dan berpahala kita. Jadi semak diri selalu, adakah setiap amalan syurga atau berpahala yang kita lakukan demi Allah suka dan reda?

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia