Di sebalik Hari Asyura yang disambut

Hari Asyura bukan sekadar hari kesepuluh dalam bulan Muharam. Hari yang digalakkan berpuasa padanya diharapkan menghapuskan dosa setahun serta amal baik digandakan ganjaran. Seperti hadis Nabi SAW berikut: 

 

“Berpuasa pada hari Asyura, sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya. (Hadis Riwayat Ibnu Majah, No. 1738)

 

Hari ini dikaitkan juga dengan terselamatnya Nabi Musa dan saudara baginda, Nabi Harun  alaihimassalam daripada ancaman Firaun seperti yang telah Allah catatkan dalam al-Quran:

 

Dan Kami selamatkan Musa dan orang-orang yang bersamanya. Kemudian Kami tenggelamkan golongan yang lain. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat suatu tanda (kekuasaan Allah), tetapi kebanyakan mereka tidak beriman.  Dan sesungguhnya Tuhanmu Dialah Yang Maha Perkasa, Maha Penyayang (Surah Asy-Syu’araa’: 65-68)

 

Firaun yang mengaku dirinya tuhan, seorang pemerintah yang sangat berkuasa yang disokong oleh:

  1. Haman sebagai perdana Menteri, anggota kerajaannya dan bala tentera yang kuat serta bersiap siaga menurut perintah.
  1. Golongan usahawan dan hartawan seperti Qarun.
  1. Golongan ahli agama seperti tukang- tukang sihir.
  1. Golongan pengamal pengebahan dan pengiklanan (media massa) seperti mereka yang membuat hebahan masa serta tempat pertemuan antara Nabi Musa dan ahli- ahli sihir.

 

Sementara Nabi Musa pula dibantu oleh saudaranya, Nabi Harun. Jika diukur dari segi kekuatan fizikal bala tentera yang diterajui oleh Nabi Musa berbanding kekuatan yang ada pada pasukan Firaun, memang seperti langit dan bumi.

 

Sudahlah pengikut tidak ramai, baginda dibebani pula dengan pengikut baginda  yang banyak keliru dan tidak tetap pendirian, cita rasa yang rosak serta mudah dipengaruhi oleh dakyah yang bertentangan seperti dakyah sesat Samiri.  

 

Nabi Musa asalnya membesar dalam segala kemewahan dan kesenangan di istana Firaun. Pastinya jika dihitung dengan logik akal dan sifir kebendaan, tiada untungnya Nabi Musa memilih untuk bangun berdepan dengan Firaun yang punya segala kuasa dan kekuatan.

 

Seakan lebih wajar bagi Nabi Musa bersenang-senang menikmati kemewahan di istana Firaun. Keputusan yang diambil oleh Nabi Musa untuk keluar membebaskan kaumnya daripada terus ditindas, hidup dalam kehinaan dan perhambaan oleh Firaun telah mendedahkan dirinya kepada ancaman besar.  

 

Kerana keyakinan, kepatuhan menjunjung kebenaran serta kesetiaan kepada agama tauhid, membawa Nabi Musa keluar daripada kemewahan istana untuk mendepani kezaliman Firaun. 

 

Baginda bangkit untuk mengepalai kaumnya yang hanyut tanpa keberanian dan keteguhan tekad. Kemuncaknya, Nabi Musa telah diwahyukan oleh Allah SWT untuk membawa kaumnya keluar dari Mesir sebelum subuh seperti yang terakam dalam surah Taha, ayat 79.

 

“Dan demi sesungguhnya! Kami telah wahyukan kepada Nabi Musa: “Hendaklah engkau membawa hamba-hamba-Ku (kaummu) keluar mengembara pada waktu malam, kemudian pukullah air laut dengan tongkatmu, untuk mengadakan jalan yang kering bagi mereka di laut itu; janganlah engkau menaruh bimbang daripada ditangkap oleh musuh, dan jangan pula engkau takut tenggelam.”

 

Pemergian Nabi Musa dan kaum baginda walau bagaimanapun telah disedari oleh Firaun. Mereka dikejar oleh pasukan tentera yang lengkap sehingga mereka menghampiri laut. Di depan laut, berteman cerah sinar pagi menampakkan kepada mereka pasukan Firaun yang semakin dekat mengejar mereka dari belakang. 

 

Ketakutan mereka memuncak, sesungguhnya mereka benar-benar terkepung antara laut dan tentera Firaun. Allah tidak pernah membiarkan hamba-hamba-Nya yang beriman tanpa pertolongan yang didatangkan sebagai keajaiban di luar daya upaya manusia.  Laut terbelah untuk memberi laluan kepada Nabi Musa dan pengikut baginda.

 

Laut itulah juga kemudiannya memerangkap Firaun dan tenteranya. Firaun kira dia telah berjaya memerangkap dan mengepung Nabi Musa dan pengikut baginda. Rupanya Allah punya plot twist   tersendiri. Akhirnya Firaunlah yang terkena checkmate oleh percaturan Allah Yang Maha Mengatur (Al-Bari’).  

 

“Maka Firaun pun mengejar mereka bersama-sama dengan tenteranya, lalu ia dan orang-orangnya diliputi oleh air laut yang menenggelamkan mereka semuanya dengan cara yang sedahsyat-dahsyatnya.” (Surah Taha: 78)

 

Firaun serta pembantu-pembantunya sentiasa ada di sepanjang zaman. Mungkin saiz,  format dan skripnya sedikit berubah. Ada Firaun dalam diri kita yang dinamakan nafsu dan ada pula Firaun yang wujud dalam masyarakat kita, mungkin dalam kalangan ahli keluarga kita sendiri.

 

Oleh itu, kita perlu menyelusuri, mempelajari, menghayati serta mengamalkan tauladan yang telah ditunjuki oleh Nabi Musa alaihissalam.

 

Inilah sebahagian peringatan dan ibrah yang boleh kita ambil setiap kali kita menyambut Hari Asyura setiap tahun. Setahun sekali, kita tambatkan kembali kesedaran dan tekad kita kepada perjuangan, pengorbanan, pembersihan jiwa serta munajat Nabi Musa yang hebat itu.

 

Inilah sepatutnya Asyura yang kita sambut. Asyura yang malam dan siangnya kita penuhi dengan ketaatan dan zikir kepada Allah serta berselawat ke atas Rasul kita SAW dan para anbia terdahulu.

 

Zaidi Hassan
Roselinee Mohammad Radzi

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia