Derma disasarkan terus kepada penduduk Palestin

 

Menurutnya, kumpulan penerima Palestin yang disasarkan termasuklah penduduk yang tinggal berhampiran dengan Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa, bukannya untuk masjid itu.

 

“Dana yang kita kumpulkan adalah bagi tujuan pendidikan, pengangkutan, perubatan, penjagaan kesihatan dan juga makanan. Kita tidak pernah kumpul dana untuk disumbangkan kepada masjid itu (al-Aqsa),” jelasnya.

 

Dr Hafidzi turut memberitahu bahawa penyenggaraan masjid itu diuruskan oleh Jerusalem Wakaf Department di bawah Kementerian Wakaf Jordan.

 

“Berita yang disiarkan beberapa media yang memetik duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali tahun lepas berhubung perkara itu adalah mengelirukan dan tidak tepat.”

 

Beliau berkata demikian bagi menyangkal dakwaan yang timbul baru-baru ini yang mengatakan derma yang dikumpulkan NGO Malaysia sehingga kini langsung tidak sampai kepada Masjid al-Aqsa.a

 

Tahun lepas, Walid dilaporkan berkata sumbangan derma yang dikumpulkan oleh NGO Malaysia tidak sampai kepada dana Masjid al-Aqsa sejak bertahun-tahun lamanya, berita itu menjadi tular sejak beberapa hari lepas, sekali gus menarik perhatian ramai.”

 

Dalam pada itu, Pengerusi Palestinian Culture Organisation Malaysia (PICOM), Muslim Imran berkata, beliau percaya sumbangan kemanusiaan rakyat Malaysia kepada Malaysia penting dalam mengukuhkan dan menaikkan semangat rakyat Palestin.

 

“Malaysia adalah salah sebuah negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berterusan menyumbang kepada sektor kesihatan, pendidikan dan masyarakat awam Palestin.”

 

Menurutnya lagi, sekiranya NGO Malaysia menghentikan usaha mereka, penduduk Palestin akan menerima kesan yang serius di Semenanjung Gaza.

 

Muslim menegaskan bahawa dakwaan derma yang dikumpulkan NGO Malaysia gagal untuk sampai kepada penduduk Palestin adalah palsu, dan perkara itu telah pun dijelaskan oleh pihak berkuasa Malaysia, NGO dan badan pemantau kewangan tahun lepas.

 

Sebagaimana yang dimaklumkan, segalanya jelas bahawa semua derma oleh rakyat Malaysia kepada Palestin menerusi NGO adalah bagi keperluan penduduk negara itu dan bukannya untuk Masjid Al-Aqsa.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia