MyCARE anjur kempen derma darah

SERI KEMBANGAN – Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) mengambil inisiatif membantu Pusat Darah Negara (PDN) dengan menganjurkan Kempen Derma Darah bagi memastikan stok bekalan darah tidak mengalami kekurangan.

 

Dengan menderma darah, ia akan dapat menyelamatkan sekurang-kurangnya tiga nyawa manakala pada masa yang sama juga seseorang itu dapat menikmati kemudahan rawatan percuma pesakit luar daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

 

“Pandemik COVID-19 telah menyebabkan gaya hidup ‘new normal’ yang mengakibatkan bekalan simpanan darah negara mengalami kekurangan darah yang kritikal kesan keterbatasan program derma darah,” ujar MyCARE.

 

Justeru, MyCARE menjemput semua yang berminat untuk membantu pihak Pusat Derma Darah (PDN) untuk memenuhkan stok bekalan darah pada Rabu, 30 Mac 2022.

 

Penderma dijemput mendaftar program tersebut di pautan https://bit.ly/regDermaDarah.

 

Peserta perlu hadir pada tarikh tersebut ke Ibu Pejabat MyCARE di alamat No. 9, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan dengan lokasi GPS https://goo.gl/maps/tNsV2SJyBdJmA9bn8

 

Para peserta diingatkan agar mematuhi SOP COVID-19 seperti menjaga jarak, memakai pelitup muka dan lain-lain. 

 

Dalam pada itu, MyCARE turut menjalankan beberapa kempen pada bulan ini iaitu Kempen Bulan Anak Yatim dan Kempen Kemanusiaan Afghanistan. Untuk info lanjut, sila layari Facebook dan laman web MyCARE.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia