Derita mereka, cakna kita

Ia suatu kejayaan manis yang Allah hadiahkan kepada kita, syukur Alhamdulillah. Namun berita kemenangan tersebut haruslah kita sambut dengan bijak. Seperti kita sedia maklum, peperangan ini telah mengakibatkan kerugian yang sangat banyak khususnya buat Gaza.

 

Banyak bangunan, rumah dan tempat-tempat awam yang musnah dek peperangan yang tercetus. Gaza perlukan bantuan kewangan dan sokongan emosi untuk merawat segala kemusnahan luaran dan dalaman yang dialami.

 

Tentera Israel telah musnahkan tempat perlindungan penduduk Gaza. Ketika kita enak menikmati tidur di atas katil yang empuk yang dibaluti cadar bunga-bunga merah, saudara kita di Gaza hanya tidur beralaskan kotak.

 

Tubuh mereka pula dibaluti kain nipis yang tidak dapat menutup kesejukan yang dirasai. Ketika kita enak menikmati juadah sarapan pagi berupa roti canai, nasi lemak kuah lebih, terfikirkah kita walaupun sejenak, makanan apakah yang dihadapi oleh saudara kita di Gaza?

 

Sedarkah kita, peperangan di Gaza itu bukanlah baru semalam bermula. Peperangan ini telah bermula sejak tahun 1948 lagi, yang mana pada waktu itu, Tanah Melayu iaitu negara kita ini masih belum merdeka.

 

Bayangkan kesengsaraan yang dihadapi rakyat Palestin sehingga sekian lamanya. Bayangkan pada era teknologi serba canggih ini, masih ada lagi penduduk dunia yang tidak dapat meneruskan kehidupan seperti orang lain; dapat bermain dengan aman, dapat pergi sekolah dengan tenang, dapat menikmati air bersih juga hidangan yang lazat.

 

Kemenangan pada hari Jumaat yang barakah ini bukanlah tiket untuk kita berhenti mengambil tahu tentang Palestin.

 

Seharusnya sikap cakna sebahagian besar rakyat Malaysia sepanjang peperangan Israel-Hamas ini berlaku perlu diteruskan. Menyebarkan maklumat yang benar tentang Palestin melalui media sosial dapat membantu orang ramai mengetahui tentang isu ini.

 

Peranan media sosial yang merentasi negara ini harus digunakan sebaiknya supaya dunia maklum tentang kekejaman yang berlaku di Gaza ini khususnya.

 

Isu Palestin ini bukan sekadar suatu isu keagamaan, malah isu ini adalah isu kemanusiaan, isu yang semua pihak harus berganding bahu membantunya. Keperluan asas manusia adalah tempat tinggal, makanan, air dan udara yang bersih. 

 

Namun apa yang terjadi di Palestin, rumah dirampas, makanan dicatu, tiada air bersih dan udara pula dipenuhi dengan asap kesan dihujani bom yang terlalu banyak. Bagaimanalah masa depan anak muda Palestin jika keperluan asas ini tidak dijaga dengan baik?

 

Jika dipandang dari sudut perubatan pula, betapa penduduk Gaza ini ditindas, keperluan perubatan mereka disekat.

 

Katil ICU yang penuh di hospital sekarang dek kerana Covid 19 ini telah merunsingkan dan menakutkan kita. Bayangkan pula penduduk Gaza yang kekurangan serba-serbi untuk merawat mereka daripada kecederaan peperangan ini, sungguh kejam bukan?

 

Maka, seharusnya usaha mendidik masyarakat tentang isu Palestin ini perlu dilakukan tanpa henti. Penting untuk generasi akan datang mengetahui dan menjiwai isu ini dengan baik.

 

Kita perlu uar-uarkan kepada masyarakat dunia pihak yang benar dan pihak yang salah. Masyarakat yang bijak akan dapat menilai dengan baik siapa yang hak (benar).

 

Apakah yang boleh kita buat untuk mereka?

 

Satu cara yang paling mudah tanpa mengeluarkan dana ialah dengan berdoa supaya saudara kita diberikan kekuatan fizikal dan mental untuk menghadapi perang ini.

 

Selain itu, bagi yang mampu, teruslah menyumbang wang untuk memberikan bantuan infrastruktur, makanan, pendidikan, perubatan dan lain-lain di sana. Tabung Palestin tumbuh bagai cendawan selepas hujan, sangat banyak dan boleh pilih mana yang berkenan di hati.

 

Namun yang paling baik adalah memilih pihak yang benar-benar membuktikan bantuan tersebut sampai kepada rakyat Palestin kerana ada saja pihak yang cuba mengambil kesempatan dalam isu ini.

 

Sebagai contoh, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Cinta Gaza Malaysia (CGM), Global Peace Mission Malaysia (GPM), Cinta Syria Malaysia (CSM), Yayasan Al-Quds Malaysia, Cakna Malaysia, Viva Palestin Malaysia (VPM), HALUAN, Islamic Relief Malaysia (IRM) dan banyak lagi.

 

Ayuh, kita teruskan membantu Palestin dengan cara yang kita selesa.

 

Nur Zahanim Muhammad Zahir
Pegawai Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia