Dera Kanak-kanak: Didik dan Lindungi, Bukan Disakiti

Dera Kanak-kanak: Didik dan Lindungi, Bukan Disakiti | IKRAM

Gaya keibubapaan yang agresif dan banyak unsur kemarahan berupaya memberi kesan jangka panjang yang merencatkan perkembangan otak kanak-kanak, menurut kajian yang dijalankan oleh Universiti Montreal, Kanada dan Pusat Penyelidikan CHU Sainte Justine melalui kerjasama penyelidik daripada Universiti Stanford [1]. 

Menurut kajian ini, kanak-kanak yang yang berulang kali dimarahi, dipukul, digoncang atau ditengking akan menyebabkan struktur otak menjadi lebih kecil daripada normal ketika mencapai usia remaja. Akibatnya, kanak-kanak itu akan mengalami kesan kecederaan emosi dan sosial di kemudian hayatnya. 

Isu keganasan terhadap kanak-kanak bukanlah sesuatu yang janggal di tanah air ini, bahkan ia seringkali dilaporkan di media tanpa pernah berhenti. Malah acap kali isu mendidik anak-anak seolah-olah dipersetujui melalui jalan kekerasan.

Benarkah itu falsafah pendidikan yang dianjurkan agama Islam yang menekankan bersikap ‘rahmah’ (kasih sayang) dan lemah-lembut dalam mendidik anak-anak?

Mendidik Bukan Menghukum 

Mendidik bukan bertujuan untuk menghukum. Sekiranya Allah pun tidak menghukum kanak-kanak yang belum baligh dengan dosa, mengapa golongan dewasa tergamak bertindak ganas terhadap mereka? 

Situasi menghukum kanak-kanak dengan kekerasan tidak bertepatan dengan suruhan Nabi SAW. 

Daripada Ibn Abbas berkata, Rasulullah SAW bersabda,  “Bukan daripada golongan kami orang yang tidak mengasihi orang yang lebih muda dan tidak memuliakan orang yang lebih tua.” (HR Tirmidzi, No. 1920, Hadis Hasan)

Sebaliknya, hadiah terbaik yang ibu bapa boleh wariskan kepada anak-anak adalah pendidikan dan pengasuhan melalui akhlak yang terpuji. Adakah orang dewasa sanggup dilayan dengan kekerasan dan agresif juga sekiranya bertujuan memperbaiki perbuatan?

Maka, di mana sebenarnya terletak nilai masyarakat Malaysia yang dikatakan rakyat yang terkenal sebagai mesra dan penyayang? Adakah ia hanya sekadar indah khabar dari rupa?

Kes Dera Meningkat

Akta Kanak-Kanak 2001 di bawah Seksyen 2 Akta 611 meletakkan semua individu yang berumur 18 tahun ke bawah adalah kanak-kanak. Keganasan terhadap kanak-kanak merangkumi penderaan fizikal, emosi, seksual, pengabaian pengawasan dan hak asasi. 

Statistik penderaan kanak-kanak dari tahun 2013 hingga 2017 yang dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan trend peningkatan yang membimbangkan. Data menunjukkan penderaan kanak-kanak secara fizikal dan seksual direkodkan sebagai kes penderaan tertinggi [2].

Dalam tempoh enam bulan sahaja iaitu dari Januari hingga Jun 2022, sebanyak 1,055 kes penderaan kanak-kanak direkodkan melalui JKM di seluruh negara. Ini tidak termasuk kes tidak dilaporkan yang membayangkan jumlah sebenar adalah lebih banyak.

Implikasi Penderaan

Implikasi terhadap penderaan kanak-kanak adalah sangat serius kerana ia berupaya menjejaskan keseluruhan kitaran hidup seseorang sehingga ke usia dewasanya.

Terdapat beberapa kajian yang dilakukan terhadap latar belakang banduan yang menunjukkan ada keterkaitan jenayah keganasan yang dilakukan dengan sejarah pembesaran zaman kanak-kanaknya yang terdedah kepada keganasan.

National Task Force on Children Exposed to Violence  atau  Pasukan Petugas Kebangsaan Kanak-kanak Yang Terdedah Kepada Keganasan yang ditubuhkan di  Amerika Syarikat mendapati setiap dua daripada tiga kanak-kanak terdedah kepada keganasan di negara itu.

Manakala didapati 90 peratus pesalah juvana telah mengalami trauma penderaan pada zaman kanak-kanak. Namun ini tidaklah bermakna semua kanak-kanak yang terdedah kepada keganasan akan terlibat dengan jenayah. Perlu diketahui bahawa kanak-kanak mangsa keganasan ada potensi  untuk terlibat dengan jenayah sekiranya tidak ditangani dari awal. 

Antara impak langsung yang boleh terjadi adalah terjejasnya perkembangan otak, kualiti hidup terganggu, kemerosotan tahap kesihatan dan penyakit yang menurun, kematian awal berkaitan gangguan kesihatan mental, penyakit kardiovaskular, penyakit pulmonari dan penyakit hati. 

Perlu Komitmen Semua

Maka, apa solusi bagi isu kritikal ini yang sepertinya tiada kesudahan? 

Terdapat kajiandari Universiti Kebangsaan Malaysia mendapati faktor dalaman individu merupakan faktor utama yang mendorong ibu bapa melakukan penderaan fizikal terhadap anak mereka [3].

Kajian tersebut mendapati bahawa personaliti diri individu, pengetahuan agama yang lemah, tekanan harian kehidupan  dan pengalaman trauma penderaan yang pernah dialami menjadi faktor utama yang mendorong ibu bapa melakukan kekerasan terhadap anak-anak mereka. 

Institusi keluarga yang bermasalah, masalah kewangan, tekanan di tempat kerja turut menjadi punca penderaan kanak-kanak [2].  

Kajian ini juga mendapati kebanyakan penderaan kanak-kanak adalah berpunca daripada institusi keluarga yang bermasalah, masalah kewangan, tekanan di tempat kerja dan kurangnya pengetahuan terhadap agama.

Dalam kehidupan sekarang yang bergerak lebih pantas yang mana segalanya mahu cepat dan sempurna sebagai ukuran prestasi kejayaan, tekanannya sangat dirasai.

Ini ditambah pula dengan kos sara kehidupan yang semakin meningkat menyebabkan ibu bapa dan penjaga menjadi sukar mengawal diri ketika berhadapan dengan situasi yang menekan. Kesannya, anak-anak dalam jagaan pula yang sering mendapat bahana.

Tidak ada jalan mudah untuk menyelesaikan isu ini sekiranya segalanya mahu dibahukan kepada pihak ibu bapa atau penjaga sahaja. Seperti kata pepatah Afrika yang terkenal, “Sebuah kampung diperlukan untuk membesarkan seorang anak.” 

Usaha untuk melindungi dan membesarkan kanak-kanak memerlukan komitmen daripada para pembuat dasar, pihak berkuasa, badan bukan kerajaan dan seluruh anggota masyarakat. 

Lindungi Kanak-kanak

Kanak-kanak tidak diminta untuk dilahirkan. Apabila mereka hadir, menjadi tanggungjawab kepada ibu bapa atau penjaga serta semua anggota masyarakat untuk melindungi mereka dengan sebaik-baiknya agar mereka tumbuh penuh rahmah sebagai permata masyarakat atau ummah.

Namun sedihnya,  sebahagian orang-orang dewasa nampaknya gagal untuk melindungi kanak-kanak dengan sebaik-baiknya.

Masa depan adalah milik generasi masa kini. Dr Yusuf al-Qaradawi pernah menegaskan, “Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi muda pada hari ini.”

Maka, jika kita ingin melihat negara ini didiami oleh masyarakat yang penyayang, sihat dan cergas, seharusnya isu perkembangan fizikal, mental dan emosi golongan muda terutamanya kanak-kanak diberi perhatian serius.

Kerosakan mereka akan menjadi penyebab terbesar kepada keruntuhan suatu negara. Didik dan lindungilah kanak-kanak, pewaris masa depan negara.

Basmin Maarof
Pegawai Jabatan Komunikasi dan Multimedia
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Penafian: Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian IKRAM.

Rujukan:

  1. Kajian Universiti Montreal
  2. Analisis Statistik Kes Dera
  3. Kajian UKM

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia