Demokrasi Tunisia Menuju Jalan Gelap?

Demokrasi Tunisia Menuju Jalan Gelap? | IKRAM

Sebanyak 94.6 peratus pengundi Tunisia bersetuju dengan cadangan perlembagaan baharu oleh Presiden Kais Saied dalam pengumuman rasmi keputusan referendum atau pungutan suara di negara itu pada petang Selasa.

Menjelang pengumuman itu, Presiden Kais Saied telah menuju ke Habib Bourguiba Street di ibu negara, Tunis untuk meraikan penyokongnya yang menganggap ia sebagai kemenangan dengan laungan slogan:

“Dengan jiwa dan darah, kami akan menebus kamu, Kais,” sambil mereka mengibarkan bendera negaranya.

Dengan hanya 30.5 peratus jumlah mereka yang keluar mengundi menurut Pihak Berkuasa Pilihan Raya, blok pembangkang Barisan Penyelamat Nasional menggesa Kais Saied berundur daripada kuasa dan membuka pintu untuk pilihan raya umum awal.

Ketua blok, Najib Chebbi semasa sidang akhbar pada Selasa menganggap bahawa referendum mengenai perlembagaan baharu adalah gagal selepas kadar penyertaan pengundi yang rendah.

Beliau juga menuduh berlakunya penipuan dan menegaskan bahawa Barisan Penyelamat Nasional mematuhi perlembagaan 2014.

Proses pungutan suara mengenai perlembagaan baharu  Tunisia bermula pada Isnin ketika pusat mengundi dibuka di tengah-tengah kehadiran pihak keselamatan yang luar biasa.

Peratus Mengundi Rendah

Perhatian diberikan kepada peratusan keluar mengundi dalam referendum, yang mendedahkan kedudukan rakyat Tunisia mengenai langkah-langkah luar biasa yang telah berlaku di negara itu sejak setahun lalu, yang dikenakan oleh Presiden Said, hingga menyebabkan krisis politik dan polarisasi yang teruk.

Dilaporkan, jumlah keluar mengundi setakat 1.00 tengah hari pada Isnin adalah kira-kira 12 peratus, dengan lebih sejuta pengundi membuang undi di Tunisia.

Ketua Pihak Berkuasa Tinggi Bebas untuk Pilihan Raya, Farouk Bouaskar mengumumkan bahawa peratusan keluar mengundi dalam referendum mengenai perlembagaan baharu telah mencapai 21.85 peratus setakat 7.00 malam waktu tempatan pada petang Isnin.

Seterusnya, pusat mengundi ditutup pada pukul 10.00 malam waktu tempatan, menjadikan dapatan peratusan keluar mengundi ialah 27.54 peratus daripada pengundi Tunisia berdaftar dalam referendum mengenai draf perlembagaan baharu.

Menurut Bouaskar, jumlah pengundi di Tunisia ialah 8,929,665 melibatkan 51 peratus wanita dan 49 peratus lelaki, manakala jumlah pengundi yang keluar mengundi sebanyak 2,458,985.

Politik Kontroversi

Sejak 25 Julai 2021, Tunisia telah melalui banyak isu politik kontroversi dan perpecahan dalaman.

Saied memulakannya dengan memecat kerajaan, melantik yang lain, membubarkan parlimen dan badan kehakiman, mengeluarkan undang-undang dengan dekri presiden melalui penganjuran referendum mengenai perlembagaan untuk menamatkan perjalanan dengan mengadakan pilihan raya parlimen awal yang dipilih presiden pada 17 Disember akan datang.

Pada 25 Mei 2022, Kais Saied mengeluarkan dekri menyeru pengundi untuk mengundi dalam referendum popular mengenai perlembagaan baharu untuk negara itu pada 25 Julai.

Tarikh ini juga simbolik, kerana ia menandakan ulang tahun pertama apa yang disebut oleh Presiden Kais Saied sebagai ‘hari lahir’ Republik Tunisia baharu dan apa yang dianggap oleh penentangnya sebagai rampasan kuasa terhadap legitimasi demokrasi di Tunisia.

Pada 30 Jun, dalam akhbar Al-Raed Al-Omali, draf perlembagaan baharu yang dimasukkan ke dalam referendum telah diterbitkan, diikuti dengan satu set pindaan, yang diterbitkan pada 8 Julai.

Sokongan Dan Bangkangan

Saied telah menyeru rakyat Tunisia untuk mengundi ya, sebagai mendesak pembaharuan politik.

Beliau menganggap draf perlembagaan baharu itu lanjutan daripada proses membetulkan landasan, yang dimulakannya dengan beberapa siri keputusan yang tidak dijangka sebagaimana pada 25 Julai 2021, dengan pemecatan bekas perdana menteri dan pembekuan kerja parlimen, untuk dibubarkan sepenuhnya kemudian.

Beberapa kuasa politik yang menyokong proses 25 Julai 2021 seperti parti Tunisia Forward, Arus Popular dan Gerakan Rakyat mengalu-alukan perlembagaan baharu, yang mereka katakan sebagai menyahut aspirasi rakyat dengan perlembagaan 2014, dan juga menyokong referendum.

Sementara penentangnya melihat bahawa ini hanya akan menyumbang kepada pengukuhan kuasa yang dirampasnya setahun lalu dan memperkasakan kuasanya sendiri.

Sejak hari pertama, projek Said itu mendapat kritikan hebat daripada pelbagai parti dan pertubuhan yang menuduh presiden menggubal perlembagaan berdasarkan ukuran monopoli kuasa, seperti Parti Ennahda dan Barisan Penyelamat Nasional, yang menyeru agar referendum itu diboikot.

Seminggu sebelum tarikh referendum, 41 persatuan dan pertubuhan hak asasi manusia mengumumkan penubuhan Gabungan Awam untuk Kebebasan, Maruah, Keadilan Sosial dan Kesaksamaan yang menolak langkah luar biasa dan draf perlembagaan baharu.

Selain itu, Barisan Penyelamat Nasional menyatakan penolakannya terhadap draf perlembagaan baharu dan menggesa rakyat Tunisia memboikot referendum itu, menyifatkannya sebagai tindak balas yang mengancam untuk mengembalikan negara itu kepada autokrasi mutlak.

Perlembagaan baharu menggantikan perlembagaan 2014, yang digubal tiga tahun selepas pemberontakan menentang pemerintahan bekas Presiden Zine El Abidine Ben Ali, pemberontakan yang dianggap sebagai permulaan apa yang dikatakan ‘Arab Spring.’

Kuasa Diktator

Menurut draf perlembagaan baharu, rakyat Tunisia percaya bahawa bab keempat draf itu jelas menunjukkan penumpuan semua kuasa eksekutif di tangan presiden, pada masa sama kerajaan hanya menjadi alat eksekutif, dilantik dan dikecualikan oleh perintah daripadanya.

Menurut artikel 101 dan 102, peranannya terhad kepada melaksanakan dasar dan arahan presiden, dan bantuannya dalam melaksanakan kuasa eksekutif mengikut Perkara 87.

Mengikut perlembagaan baharu, presiden boleh membubarkan parlimen dalam dua dewannya, iaitu Dewan Perwakilan Rakyat dan Majlis Wilayah. Beliau juga boleh mengemukakan inisiatif perundangan dan mengeluarkan dekri, berikutan mandat daripada Perhimpunan Perwakilan Rakyat, semasa sidang parlimen atau selepas pembubaran Majlis.

Manakala kuasa Presiden tidak menghalang apa yang baru pada ketika ini, sebaliknya beliau memonopoli hak pengampunan khas dan mempunyai hak mengikut Perkara 97 untuk meminda sistem politik atau kuasa pihak berkuasa awam, di bawah undang-undang yang dicadangkan dan dikemukakan kepada referendum.

Tetapi apa yang menarik perhatian ahli politik dalam kalangan penentang perlembagaan baharu ialah bahaya melarang presiden daripada sebarang akauntabiliti kerana keseluruhan tanggungjawab terletak pada kerajaan, walaupun tugas asasnya adalah tugas eksekutif semata-mata.

Antara bab yang menimbulkan kontroversi di Tunisia dan dikritik keras oleh pertubuhan hak asasi manusia adalah berkaitan dengan artikel kelima dan kelima puluh lima iaitu Bab V menyatakan iaitu:

 “Tunisia adalah sebahagian daripada negara Islam, dan negara mesti bekerja di bawah sistem demokrasi untuk mencapai matlamat Islam tulen dalam memelihara kehidupan, kehormatan, wang, agama dan kebebasan.”

Berikutan itu, pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa mengkritik bab ini dengan mengatakan bahawa ia membenarkan diskriminasi terhadap kumpulan agama lain. Teks perlembagaan baharu itu mengekalkan klausa ‘kebebasan percaya dan hati nurani’ yang ditetapkan dalam perlembagaan 2014.

Bab lima puluh lima menyatakan bahawa tiada sekatan boleh dikenakan ke atas hak dan kebebasan yang dijamin dalam perlembagaan ini kecuali berdasarkan undang-undang dan keperluan yang diperlukan oleh sistem demokrasi serta dengan tujuan untuk melindungi hak orang lain, atau untuk keperluan, keselamatan awam, pertahanan negara atau kesihatan awam.

Pihak yang menentang draf perlembagaan baharu menegaskan bahawa pemisahan ini memberikan pihak berkuasa skop yang luas untuk mengehadkan kebebasan tanpa pengawasan.

“Menyebut hak asasi manusia dalam perlembagaan tidak mencukupi, kerana mana-mana perlembagaan mesti mewujudkan mekanisme dan institusi untuk melindungi hak daripada penyalahgunaan, dan ini adalah elemen yang sangat hilang dalam draf perlembagaan,” kata Timbalan Pengarah Timur Tengah dan Afrika Utara bagi Pemerhati Hak Asasi Manusia, Eric Goldstein.

Tidak kira penyokong atau penentang draf perlembagaan Kais Saied yang baharu, keputusan untuk meneruskannya menjadi titik penuh persoalan perjalanan demokrasi di Tunisia, sama ada menuju jalan gelap atau sebaliknya.

Atriza Umar
Pegawai Jabatan Komunikasi dan Multimedia
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia