Demo Untukmu Al-Aqsa: Seruan Buat Ahli IKRAM

Kezaliman terbaru ini adalah antara sebahagian dari perancangan jahat dan licik Israel dalam melaksanakan pelan pengyahudian Masjid al-Aqsa (Judaization of Masjid al-Aqsa) yang telah mereka lakukan semenjak peristiwa An-Naksah pada 6 – 10 Jun 1967.

Pertubuhan IKRAM Malaysia telah bersama-sama bergabung bersama beberapa NGO dan Al-Quds Foundation Malaysia (QFM) menganjurkan Demo Aman: Untukmu Al-Aqsa pada jumaat ini, 21 Julai 2017 bertempat di Masjid Tabung Haji, KL selepas solat Jumaat.

IKRAM dengan ini menyeru kepada semua ahli seluruh negara dan di setiap peringkat agar turun bersama-sama secara aman ke demo ini dengan ikhlas, semoga amal ini menjadi saksi kita di hadapan Allah SWT bahawa kita senantiasa bersama perjuangan pembebasan bumi Al-Quds.

Selain itu, saya juga menyeru agar semua ahli:

1) Menyebarluaskan info dan maklumat berkenaan misi ini melalui jaringan masing-masing agar masyarakat umum cakna dan turut sama membantu.

2) Bersama-sama membantu menggerakkan MyCARE di Negeri dan Kawasan menjalankan kempen #SAVEALAQSA di lokaliti.

Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas pengorbanan antum dalam membantu menggalas tugas ini dan semoga kita istiqamah dalam jalan ini agar semua menemui pencipta kita dalam keadaan masih berjuang dan berjihad pada jalan Allah.

Daripada;
Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi Jawatankuasa Pembelaan Umat Sejagat
Pertubuhan IKRAM Malaysia

20 Julai 2017

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia