Daurah IKRAMTeens: Dimensi baru tarbiah remaja

Program ini dirangka khusus daripada bahagian tarbiah (Perkaderan) IKRAMTeens Pulau Pinang dalam aspek pentarbiahan remaja. Program-program daurah remaja akan dirangka pada setiap bulan dan aktiviti-aktiviti dalamnya sesuai bagi peringkat remaja.

“Apa Erti Saya Menganut Islam?” merupakan tajuk untuk daurah remaja bagi memberi pemahaman kepada remaja dalam menganuti Islam yang sebenar. Penyampainya adalah Ustaz Khairul Anuar Hj Musa yang membentangkan tajuk ini dalam bentuk yang ilmiah dan santai. Program yang bermula jam 9.00 pagi ini berakhir pada jam 1.00 tengahari.


Melebihi sasaran awal seramai 40 orang, seramai 43 orang peserta terdiri daripada 16 remaja lelaki dan 27 remaja perempuan telah mengikuti daurah ini. Selesai daurah, seramai 30 orang ahli baru berdaftar sebagai ahli IKRAMTeens Pulau Pinang.

Gambar-gambar semasa program Daurah Remaja IKRAMTeens disertakan. Semoga semua peserta daurah konsisten dan istiqamah untuk hadir dan memberi komitmen dalam daurah yang akan datang  untuk menjadi generasi Muslim yang gemilang.

Sumber: http://ikramteenspp.blogspot.com/

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia