Daurah Ekonomi: Industri hutang cetus pelbagai krisis

Dalam daurah ini, beliau telah membentangkan tajuk ‘Pencekikan Diri Sendiri: Bagaimana Pertumbuhan Industri Hutang Sedang Menghancurkan Masyarakat’ yang disertai oleh 50 peserta.

Sebagai pemula, beliau menarik perhatian peserta dengan mendedahkan bahawa 68% pemenang Hadiah Nobel bidang Ekonomi adalah daripada Amerika Syarikat dan mempunyai banyak universiti terkemuka dalam bidang ekonomi. Namun, kira-kira 15 krisis ekonomi yang dialami oleh AS sepanjang sejarah yang tidak mampu diselesaikan akibat hutang meskipun mempunyai ramai cerdik pandai dalam ekonomi.

Sungguhpun sebagai negara berstatus maju, pengeksport yang berjaya, punyai lebihan dagangan, kadar simpanan yang tinggi serta perkerja yang rajin dan mahir, Jepun juga turut mengalami krisis kewangan pada tahun 1990, 2000 dan 2007 akibat hutang bank, bank terlebih memberi pinjam, hutang negara yang meningkat dan bahana spekulasi.

Kesannya adalah kepada masyarakat apabila semakin ramai yang jatuh miskin, negara mengalami kekacauan, rakyat kehilangan tempat tinggal akibat tidak mampu miliki rumah, negara alami kebuluran kerana tidak mampu sediakan makanan untuk rakyat dan pengangguran yang semakin berleluasa kerana syarikat besar terpaksa memecat ramai pekerja untuk kurangkan kos kerana tidak mampu membayar hutang.

Antara negara lain yang pernah mengalami kekacauan akibat negara muflis kerana berhutang adalah Argentina pada 2002 di mana hutang luarnya berjumlah USD 127 bilion.

Beliau menambah, dalam dunia Islam pada mulanya tiada industri hutang, tiada penindasan berlaku walaupun mengamalkan ‘private ownership of capital’, ekonominya stabil tetapi perlahan berbanding Eropah, tiada ‘joint-corporation ‘ (company) tetapi wujud institusi Waqaf (untuk menabur bakti).

Yang paling menarik adalah pendedahan beliau bahawa kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah juga ada kaitan dengan hutang. Menurutnya, Khilafah Uthmaniyyah mula berhutang dengan syarikat-syarikat Eropah  pada tahun 1854 untuk membiayai projek keretapi. Khilafah mula mengalami defisit belanjawan dan menghadapi masalah membayar hutang pada tahun 1875 yang berjumlah £200 juta beserta bayaran faedah sebanyak £12 juta setahun, iaitu lebih separuh pendapatan negara.

Akibatnya, Ottoman Public Debt Administration (OPDA) ditubuhkan 1881 oleh syarikat-syarikat Eropah di Istanbul untuk mengutip hutang daripada rakyat. Pada Disember 1881, hutang kerajaan dikurangkan dari £191 juta menjadi £106 juta. Kesannya Khilafah Uthmaniyyah menjadi lemah dan tumbang pada tahun 1924. Pada 1929 persetujuan dicapai di mana Republik Turki hanya perlu membayar 67% daripada jumlah hutang kepada syarikat-syarikat Eropah dengan jumlah 107.5 juta Lira emas.

Tambahnya, apabila dunia Islam dijajah, para sultan dipaksa menerima sistem kapitalis riba, tersebarnya fahaman liberalisme, terdidik barisan pelapis pentadbir negara berasaskan acuan Barat, pengamalan Islam dihadkan serta amalan ekonomi dan kewangan berasaskan ajaran Islam diketepikan.

Beliau turut mengkritik amalan memberi pinjam oleh perbankan Islam kerana ia juga sebahagian daripada berkembangnya industri hutang. Ujarnya, matlamat operasi perbankan Islam juga ialah menambahkan ‘hutang’; menerima deposit dan terlibat dengan proses ‘penciptaan hutang’ (credit creation). Semua urusniaganya juga akan menghasilkan penghutang di mana aset perbankan Islam dinamakan ‘hutang belum bayar’ yakni sama dengan amalan perbankan konvensional.

Istilah NPL (non-performing loans) juga digunakan oleh perbankan Islam. Tegasnya, jika aset perbankan Islam berkembang, jumlah hutang dalam masyarakat juga akan bertambah seterusnya perkembangan perbankan Islam juga akan menyumbang kepada masalah krisis hutang dalam masyarakat. Beliau berpendirian bahawa industri hutang mesti dihapuskan.

Beliau menyarankan supaya perbankan Islam mengamalkan dengan hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud:

“Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga dia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).”     (Al-Baqarah:280)

Namun, beliau yakin jawapan daripada perbankan Islam adalah mereka tidak boleh hapuskan hutang kerana jika boleh, NPL bank akan meningkat, asetnya akan berkurangan dan bank akan menjadi muflis. Oleh itu, jelas beliau, perbankan Islam tidak berupaya membantu negara mengelak dari menghadapi krisis  hutang, bahkan ia boleh menyumbang menjadikan krisis ini menjadi lebih buruk.

Beliau menyarankan beberapa cara untuk mengelakkan krisis hutang. Antaranya ialah menghapuskan sistem perbankan, tugas mengeluarkan matawang mesti dipindahkan secara beransur-ansur daripada tangan bank komersial ke tangan kerajaan, mewujudkan suasana di mana wang dicipta tanpa mencipta hutang pada masa yang sama, dan mengelakkan pinjaman daripada sistem perbankan.

Beliau turut menggalakkan segala usaha ke arah kehidupan ‘Bebas Hutang’ dan usaha mewujudkan sistem pembiayaan yang bebas daripada industri hutang seperti penubuhan institusi Baitul Mal, Koperasi dan Waqaf.

 

 

 

 

 

 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia