Dato’ Dr Hassan Basri Letak Jawatan Timbalan Presiden IKRAM

Dato' Dr Hassan Basri Letak Jawatan Timbalan Presiden IKRAM

SERI KEMBANGAN – Dato’ Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan telah meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Presiden IKRAM berkuat kuasa pada Sabtu lalu, jawatan yang disandangnya sejak Februari 2022.

Tokoh akademik dan aktivis masyarakat ini mengetuai portfolio Hal Ehwal Antarabangsa dan Libat Urus Melayu Muslim semasa beliau berada dalam kepimpinan IKRAM.

Dalam dunia akademik, beliau adalah Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZa) dari tahun 2019 hingga 2021 dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dari tahun 2015 hingga 2018.

Sebelumnya, beliau merupakan pensyarah di Universiti Malaya (1987-2007) sebelum dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pelajaran Malaysia, University Cairo Mesir (2007-2011) dan kemudiannya sebagai pensyarah di Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI.

Selain itu, beliau telah dilantik oleh YAB Perdana Menteri sebagai Ahli Majlis Perundingan Islam (MPI) pada 2014, Ketua Panel Menggubal Kurikulum Bahasa Arab bagi Sekolah Agama di Malaysia (2012-2015) dan ahli Yayasan Fulbright, Amerika Syarikat sejak 2007.

Jawatankuasa Pusat (JKP) IKRAM telah meluluskan peletakan jawatan Dato’ Dr Hassan Basri dan telah disahkan oleh Dewan Perwakilan Nasional (DPN) pada Sabtu, 15 Oktober 2022 berdasarkan peruntukan Fasal 18.3 Perlembagaan IKRAM.

IKRAM menghormati keputusan Dato’ Dr Hassan Basri untuk melepaskan jawatannya dalam IKRAM dan terlibat aktif dalam medan lain.

Sebagai Timbalan Presiden IKRAM, beliau telah menunjukkan kegigihan dan kesungguhan yang amat tinggi dalam mempelopori usaha-usaha IKRAM dalam melaksanakan agenda Negara Rahmah.

IKRAM percaya dengan latar belakang, pengalaman dan kredibiliti yang dimilikinya, beliau boleh berjaya dalam apa juga medan yang bakal diceburi.

IKRAM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada beliau atas sumbangan yang amat besar kepada IKRAM khasnya dan masyarakat amnya.

Semoga beliau dapat terus menyumbang kepada pembinaan negara bangsa Malaysia dalam medan yang diceburinya.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia