Dalam keikhlasan perlu ketelusan

Heboh seminggu dua ini kisah yang berlaku antara seorang selebriti, figura kebajikan dan aktivis kemanusiaan di Gaza. Ia masih panas dan tidak mampu dilindungi kehangatannya dengan deraian air mata.

 

Satu demi satu isu didedahkan dan pembaca boleh mencarinya sendiri di alam maya apa yang berlaku antara mereka.

Apa yang berlaku itu sedikit sebanyak memberikan kesan yang agak besar terhadap kepercayaan rakyat Malaysia terhadap sesebuah NGO yang melakukan aktiviti kebajikan atau kemanusiaan, sama ada di luar atau dalam negara.

Bagi sesebuah NGO kebajikan atau kemanusiaan, banyak pengajaran yang penulis dapati daripada kisah yang berlaku itu, namun terfokus kepada dua perkara.

Lain padang lain belalang

Perlu diingat, demografi, budaya, adat dan sensitiviti sesebuah tempat dengan tempat yang lain pasti berbeza, apatah lagi apabila berbeza negara walaupun sama akidahnya.

Semua ini perlu difahami sebelum ‘meredah’ ke tempat yang berbeza. Mungkin apa yang dilakukan NGO kebajikan di Malaysia, rakyatnya boleh terima tetapi tidak semestinya ia diterima di negara lain.

Jadi, apabila pergi ke tempat orang, kenal pasti dahulu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh serta tahu sensitiviti penduduk di sana dan bertanyalah kepada yang lebih tahu tentang tempat tersebut.

Ini juga yang disarankan dalam ayat al-Quran yang bermaksud:

“..Oleh itu, bertanyalah kamu kepada ahlinya, jika kamu tidak mengetahui.” (An-Nahl: 43)

Jika ini tidak berlaku, dibimbangi sesebuah NGO kebajikan atau kemanusiaan itu mungkin berisiko untuk melanggar adat, budaya dan sensitiviti sesebuah tempat. Kesannya untuk jangka panjang, NGO itu mungkin tidak dibenarkan lagi datang untuk misi seterusnya di sana.

Ketelusan dalam penggunaan dana

Sebagai penderma, mereka berhak mengetahui ke mana wang dermanya disalurkan. Sebab itu laporan kewangan sesebuah NGO perlu diserahkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) setiap tahun, bahkan melakukan audit oleh firma audit luar yang dilantik sangatlah digalakkan.

Jika tiada audit sebegini, sesebuah NGO kebajikan atau kemanusiaan boleh dipersoalkan ketelusannya dalam penggunaan wang derma.

Selain itu, bagi mengukuhkan lagi kepercayaan terhadap sesebuah NGO kebajikan atau kemanusiaan, ringkasan laporan kewangan bagi setiap projek atau kempen kebajikan perlu diuar-uarkan kepada umum. Bila ikhlas membantu, ketelusan itu perlu.

Pendedahan laporan kewangan adalah satu ketelusan yang menunjukkan bahawa tiada apa-apa yang perlu disembunyikan jika benar wang derma yang terkumpul diuruskan dengan baik dan telah disalurkan kepada mereka yang memerlukan. Tiada apa yang perlu ditakutkan.

Jika anda dapati ada NGO kebajikan atau kemanusiaan yang menghebahkan aktivitinya dan memberikan laporan ke mana wang derma itu disalurkan, tahap kepercayaan umum terhadap NGO itu pasti semakin tinggi dan penderma dengan senang hati menyalurkan dermanya kepada NGO tersebut dalam apa-apa projek yang dianjurkan.

Jika ini tidak berlaku, bahkan aktiviti kebajikan atau kemanusiaan ditunjukkan, namun jumlah wang derma seakan-akan disembunyikan daripada umum, adalah lebih baik bagi para penderma untuk berhati-hati.

Ya, penderma sudah ikhlas menderma dan mendapat pahala, tinggal lagi keikhlasan dan ketelusan NGO yang menerima.

Jika tidak, kemungkinan wang yang diderma diseleweng untuk tujuan lain atau kegunaan peribadi pun tidak diketahui, bahkan penderma pula terus derma dan derma lagi.

Dalam keikhlasan perlu ketelusan, barulah hati beroleh ketenangan.

[Minda Editor]

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia