Dakwah: Pemimpin IKRAM Anggotai MAIM, NUIM dan MAWIM YADIM

Dakwah: Pemimpin IKRAM Anggotai MAIM, NUIM & MAWIM YADIM

PUTRAJAYA – Beberapa pemimpin Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa untuk tiga badan di bawah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bagi memperkasa dan menyelaras gerakan dakwah negara.

Mereka termasuk 60 ahli jawatankuasa yang menerima watikah lantikan tersebut di ibu pejabat badan dakwah itu di sini pada Rabu, yang disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr Zulkifli Hasan.

Anggota-anggota jawatankuasa tersebut dilantik mewakili Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM), Nadwah Ulama dan Ilmuwan YADIM (NUIM) dan Majlis Wanita Islam YADIM (MAWIM).

Antara yang menerima watikah lantikan ialah Presiden IKRAM, Hj Badlishah Sham Baharin (MAIM) yang diwakili Setiausaha Agung Hj Shahrul Aman Mohd Saari, Ketua Wanita Ustazah Sallawahiu Mohd Salleh (MAWIM) dan Ahli JKP Dr Syazalie Hirman Ahmad Najib (NUIM).

Barisan Jawatankuasa NUIM

Dr Zulkifli dalam ucapannya berkata, dalam keadaan dunia pascanormal dan pascakebenaran ketika ini, autoriti pendakwah semakin pudar.

“Justeru, adalah menjadi tugas para pendakwah untuk berusaha mendapatkannya semula bagi menghidupkan keberkesanan dakwah itu sendiri.”

Terdahulu Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus berkata, anggota dan jawatankuasa badan bukan kerajaan (NGO) yang dikumpulkan ini antaranya akan menyelaras kerja-kerja dakwah yang sangat banyak ketika ini.

Tambahnya, dasar negara seperti Malaysia MADANI, Rahmatan Lil Alamin dan Islam Hadhari akan menjadi keutamaan supaya dapat diselaraskan kerja dakwah yang tersusun.

Beliau turut menyeru anggota jawatankuasa yang dilantik supaya terus aktif memberi pandangan dalam berdakwah walaupun berbeza pendapat.

Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus

MAIM akan diketuai oleh Datuk Hasanuddin sebagai pengerusi, NUIM oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Dr Hj Bashir Mohamed, manakala MAWIM oleh seorang lagi ALPA YADIM, Prof Ts Dr Zuriati Zukarnain.

Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin pula akan bertindak selaku setiausaha bagi ketiga-tiga badan ini.

Turut hadir ke majlis ini ialah Timbalan Yang Dipertua YADIM, Prof Madya Dr Adi Anuar Azmin, pengurusan kanan, pengarah-pengarah negeri YADIM dan kepimpinan NGO-NGO Islam.

MAIM merupakan sebuah platform gabungan, permuafakatan dan kerjasama antara YADIM bersama NGO Islam, bertujuan menyebarkan ajaran Islam yang selari dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah serta memupuk kerjasama pintar dan jaringan dakwah dalam kalangan NGO Islam.

NUIM ditubuhkan pada tahun 2001 hasil daripada pembentangan Kertas Dasar Dakwah Baru YADIM di Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah yang ke-65 yang dipengerusikan oleh Allahyarham Dr Uthman El-Muhammady.

NUIM bertindak sebagai satu landasan para ulama dan ilmuwan untuk mengadakan sesi perbincangan bagi menghasilkan pelbagai resolusi yang menumpukan dalam bidang agama untuk dikemukakan kepada pihak yang berkaitan.

Barisan Jawatankuasa MAWIM

MAWIM pula merupakan sebuah badan gabungan daripada penggerak masyarakat dalam kalangan wanita, antara lain, termasuklah barisan pemimpin NGO Islam, ahli profesional, aktivis dan ilmuwan.

Tujuan utama MAWIM ini ditubuhkan adalah sebagai penggerak wanita dalam satu kesatuan pemikiran berasaskan pegangan Ahli Sunnah Waljamaah serta menjadi jurubicara wanita Islam dalam menyuarakan pandangan mengenai dasar dan kedudukan wanita dalam masyarakat.

Dalam pada itu, IKRAM mengucapkan tahniah kepada YADIM yang menyambut ulang tahun ke-50 penubuhannya pada tahun ini dan mendoakan agar badan itu terus cemerlang meneraju gerakan dakwah di Malaysia secara inklusif demi meninggikan martabat Islam dan kesejahteraan ummah.

Foto utama: Barisan Jawatankuasa MAIM
Sumber: FB YADIM

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia