Dakwah Network Dinner lulus resolusi wujudkan Pelan Dakwah Kebangsaan

Majlis penuh bersemangat ini telah diadakan pada Sabtu 20 Oktober 2012 di Hotel Putra Kuala Lumpur dengan kehadiran sekitar 80 orang penggerak dakwah seluruh Malaysia. Selain mewujudkan Pelan Dakwah Kebangsaan, dua lagi resolusi yang dipersetujui ialah situasi semasa dakwah Non-Muslim di Malaysia masih di tahap lemah dan perlu ditingkatkan, dan mengadakan Perancangan Strategik Dakwah pada November 2012.


Wakil agensi kerajaan yang hadir dalam maljlis ini ialah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Antara NGO-NGO yang hadir ialah PERKIM, Islamic Relief Malaysia (IRM), Islamic Propagation Society International (IPSI), Islamic Information & Services (IIS), Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA), Skuad Mubaligh Negeri Sembilan dan Persatuan Darul Fitrah Malaysia.

Majlis yang dirasmikan Timbalan Presiden IKRAM, Prof Dr Mohamed Hatta Shahrom dimulakan dengan makan malam dan pembentangan oleh Pengerusi JK Dakwah IKRAM, Hj Muhammad Nicholas Sylvester tentang keadaan semasa dakwah di Malaysia, hasil kajian Unit R&D JK Dakwah IKRAM.

Menurut kajian, perkembangan agama Islam sangat perlahan di mana penduduk Islam di Malaysia akan menjadi sekitar 65% pada tahun 2020. Pelbagai cabaran dakwah telah disentuh daripada pelbagai aspek yang menarik perhatian semua.

Dalam majlis yang dimudahcarakan oleh Sdr Wan Ahmad Nizar Zakaria, ada yang menyentuh daripada sudut perlembagaan negara sendiri yang perlu diperbetulkan, ada juga yang menyentuh tentang sikap Muslim yang perlu kesedaran dakwah kepada masyarakat belum Islam, ada yang menegaskan amat perlu usaha ini dilakukan dengan sinergi yang baik memandangkan masing-masing mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Sdr Kamal Koh daripada MACMA mencadangkan supaya Hidayah Centre (HC) mempelopori usaha menggerakkan dakwah non-Muslim secara terselaras di Malaysia kerana networking HC yang telah sedia ada. Ust Nik Muhd Marzuki Mohd Nur, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI pula menyatakan trend masyarakat nampaknya agak negatif jika kerajaan yang menerajui kerja dakwah. Ini menjadikan peranan NGO dakwah semakin besar.

Pihak JAWI juga merancang untuk menganjurkan program seumpama ini sejak awal tahun lagi tetapi dalam lingkungan Wilayah Persekutuan sahaja. Tambahnya, Hidayah Centre telah mendahului dengan menganjurkan majlis di peringkat nasional, suatu usaha yang baik dan patut disokong.

Salah seorang peserta Sdr Zamri Vinoth, Pengarah Skuad Mubaligh Negeri Sembilan menarik perhatian majlis dengan menyampaikan pantunnya atas kemuafakatan semua pihak untuk dakwah dalam majlis tersebut:

Orang tua jalan bertongkat

Hutan yang jauh nampak dekat

Jika semua sudah sepakat

Harimau di hutan mampu diikat


Semoga usaha dakwah pelbagai pihak di Malaysia dapat dipadu, digembleng dan diperkasakan di bawah satu perancangan bersama bagi memastikan dakwah berkembang dan dapat difahami oleh semua, insya-Allah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia